17 February 2015

BSC BIOLOGY APPLIED SCIENCE // BIOLOGI SAINS GUNAAN

Assalamualaikum =)

Bachelor of Biology Applied Science & Hons atau dalam bahasa melayu, Biologi dalam bidang sains gunaan. Nama pun sains gunaan, mestilah bawah Fakulti Sains Gunaan kan. Macam terpesong sikit dari Education degree. (Not so sure, regarding edu sorry!) Pos ni mungkin untuk adik-adik yang nak tahu kos Sains Gunaan since masa dapat kos ni, susah betul nak dapat info kan. Jadi mungkin ni sikit info untuk future mahasiswa yang dapat kos ni or nak mohon kos ni in future. Yang minat medic but due to some consequences nak lari sesikit dari medic. Ataupun, awak minat medic, tapi nak kerja yang lebih comfortable dari doctor and taknak busy 24H


I was Universiti Malaysia Kelantan (UMK) student in Bsc Agrotechnology Entrepreneurship back in 2013. Stuck kat sana tak tau sebab apa, since I applied for UNIMAS/UMS tak dapat. (mungkin doa ayah angkat den yang selalu cakap, awak perempuan tak elok belajar jejauh, dahla tak sihat sangat, nak pergi tempat jauh. Carilah tempat yang boleh naik bas, kalau tak sihat, boleh la balik. Nanti ayah dah takde nak hantar awak balik. Katanya. Omaigod, sekarang baru rasa ayah caring Hoho)


Masa tu sengaja nak mohon jejauh konon nak lari dari semua benda ;p budak-budak sangat nak lari dari masalah Hehe. I found Agro is awful for me. Like seriouslyyy memang aku suka Biologi, tapi aku tak suka pokok! Hari-hari jugak la menangis nak habiskan satu sem kat Kelantan. Bila balik Johor, mesti taknak pergi sana balik. (Soooo childish at that time LOL. Boleh gelak guling-guling ingat perangai sendiri.)  No offence, but aku memang takde daya tahan yang kuat untuk stay di Jeli yang boleh  sampai 3 jam untuk ke Kota Bharu. But, Kelantan really made me today. Being grateful for what I have now. Plus, Aku student agro yang degil, orang pergi ladang, aku balik bilik tido. Peh keras kepala petala ke lapan betul. Memang dah capai octet dah tahap degil dakni  *Bak Kata bebudak aliran sains tingkatan 4*


Dan aku mula rasa yang aku bakal jadi pekerja yang tak ikhlas bekerja satu hari nanti. Macam mana nak bagi duit pada keluarga, nak dapat keluarga yang sakinah warrahmah kalau kerja tak ikhlas? Sebab, pada kepala aku yang keras ni kan, *hehe ok gelak dulu sebab memang keras kepala pun ^.^ *. Kalau nak anak-anak yang cemerlang, kena beri anak makan dari duit dalam ikhlas bekerja. And pluss rezeki tu datang kalau kita ikhlas dan redha. Ni aku belajar dari ayah angkat yang rajin sangat bagi semangat masa sakit dulu. MasyaAllah, thanks a lot ayah!


Aku fikir dan fikir, aku apply mohon untuk tukar universiti. Since I got 3 pointer lebih and not 4.00 for matriks result, aku tak apply untuk sains kesihatan. Aku mohon Sains gunaan dan aku minat Biologi dan saaaaaaangaaat tak boleh masuk maths dan fizik (They made me feel like asking, why you should count the wave, when you didn’t even see them? Whyyyy) , aku fikir ada dua pilihan, chemistry dan biology. Since Agro is more into Biology, banyak yang dah boleh apply bila amik bio, so aku mintak pure Biologi.


Untuk kemasukan IPTA bila mohon pindah ni, kena betul-betul serious buat decision dan kena nekad sebab banyak procedure kena buat. Jadi, berbekalkan nekad dan perangai keras kepala, terus buat permohonan. Tapi, masa ni tak mohon keluar U dulu. Sebab takut, yang dikejar berciciran, yang dikendong tak dapat. (Alamak, kalau peribahasa salah, maafkan saya! Dah lama lari dari jadi sasterawati Negara kikiki)


Mohon maaf perjalanan hidup aku memang berliku-liku sikit. Tapi, benda tu yang buat makin faham macam mana nak survive, nak hadapi dunia, nak cari kehidupan selepas dunia, tak thrill lah kan hidup straight je, haruslah berliku dan berbucu baru rasa seronok dan lebih menghargai hidup Hehe. Boleh feel nak amik master Psychology ni ekekeeke ok lepas tu konfius balik nak jadi apa sebenarnya ni?  *face palm*


Biology sains gunaan sikit terpesong dengan education. Kami tak diajar untuk jadi pendidik macam kat UPSI, tapi kami boleh mendidik dan menyelidik. Acane tu? Meh den terangkan


*Hulur tangan*




Bawah fakulti Sains Gunaan, pelajar di ajar untuk lebih kepada research study. Kalau orang kata kos ni macam orang tak pandang pun, macam medic or farmasi, ok adik-adik sila dengar, kalau tanya orang under Sains kesihatan/gunaan, biology ni kira hebat jugak ok. Sebab, kita belajar semua in nearly detail (Since awak degree kan, bukan diploma or matrik yang sedikit terbatas. No offence Dip stdnt Huhu). So, orang kesihatan, farmasi, research, Economy, account, Veterina, molecular, Genetics, Chemist, Fizik ke, tak boleh bohong awak, sebab kita tahu apa yang diorang study, tapi diorang taktau apa kita study. Hhehe


Yes, pening lalat la jugak bila buat assignments, tapi best kalau awak enjoy nak belajar Biology dan minat nak tahu pasal environment. Yang paling best bila dalam lab, buat experiment, dapat tengok benda-benda cantik-cantik yang memang tak terjangkau dek akal cantiknya. Kengkadang, ada la jugak aku melonjak kegembiraan bila dapat buat stain cecantik. Terasa hidupku begitu bermakna, ecewaaah!


Kos Biology, mainly awak boleh grad dalam 3 tahun. InsyaAllah yang penting usaha, doa,tawakkal, doa ibubapa, doa masyarakat =)


Haaa kalau nak jadi pendidik, boleh apply amik under U, jadi lecturer.(Maaf aku tak berapa pasti nak amik edu lane ni) tapi, setahu Dr yang cerita kat kiteorang, contoh Uitm, boleh apply master under U, pastu boleh jadi lecturer. Pointer 3.00 ke atas. Master biasanya, buat research. Cari supervisor yang best, Pastu boleh dapat 4 flat. Tu yang asas yang aku tahu la. Kalau UTM, master diorang kena amik kelas lagi, tapi kalau kiteorang tengok akak/abang yang buat master diorang buat research je.


 Kalau nak jadi doctor pun boleh ye, as I was informed futher lagi 2 tahun, under medic lane insyaAllah. Sebab, apa yang kite belajar memang berkait dengan meds pun. Contoh, Subj Biochemistry, microbiology dll. Tapi, Biology more to molecule dan benda kecik-kecik yang senang kata tak boleh Nampak dengan naked eyes. Yang kena guna microscope. Kekakak Bio panggil, microbes. Kalau medic, mestilah lebih pada manusia kan.


After 1 year working so hard to learn, I know why this course can go on into Medicine J


Kengkadang sembang dengan kengkawan yang amik meds/nutrition/lab assist  boleh la rasa kamceng sikit sebab boleh sembang pasal minat yang sama ekeke sorry student archi/engine!
Dulu, memang tujuan nak ambil medic pun. Tapi, semakin dalam belajar Bio, semakin minat kea rah microbe research la pulak hehe. InsyaAllah nak kena habiskan dulu degree baru fikir. Dah taknak state nak ke mana dulu, takut tak dapat frust menonggeng den.


Kenapa microbe? Sebab, benda-benda tak Nampak ni, cantik gile-gile. Buat hati rasa gembira sentiasa. Hehe kengkadang, ada yang rupa bunga, padahal yang tengah kaji tu bawah eukaryote. Lepas tengok tu rasa macam boyfriend bagi bunga. Haha melampau benor gimik nak tarik junior amik Bio kan.


Di samping Bio lane, minor aku belajar business. Memula ingat boleh la lari dari entrepreneurship tu. Tapi, apakan daya aku menolak, memang kena jugak belajar benda management, account semua. Tapi, kena bersyukur jugak, sebab pasni janganlah cuba orang business nak tipu den. Den kotuk kepala ekau tu nanti pakai batang buloh. Ha takut ka dakkk?


Nak kata susah? Mana ada benda yang senang kan. Basically moderate. Biologi bukan benda yang kau hafal semata, boleh score. Biologi kena faham. Once faham, boleh la ingat terus. Kalau nak hafal, kejap lagi berjumpa la kite ke tanjung rambutan sebab memang banyak gila. Macam students medic, Biologist pun belajar system. Yang dak-dak matrik/asasi, system-system semua yang korang study kat sana tu, kat sini lagi detail. Tapi seronok sebab selain belajar ada practical. Cuma penat sikit kalau ada lab, mana siang mana malam pun kengkadang den tak perasan. Malap je rasanya. Ekekeeke


ni Belum observe under microscope. our Lab last sem!


Tips kedua penting, buat assignments sendiri (Paling penting doa) . Assignments tak banyak. Biasanya lab report yang panjang berjela. Tapi depends pada lecturer jugak. Ada yang in group, ada jugak yang individu. Bendanya sama je. Tapi, lebih puas & mudah faham kalau buat lab report sendiri ;)


Since banyak benda kena ingat, sometimes, every long words will turn into short. Lepas masuk biology lane, aku terus jadi orang yang kalau boleh nak sesimple mungkin, nak direct to the point, bunga-bunga tolak tepi hehe

Kos Biology biasanya ada di USM,UKM,UiTM. Yang lelain maafkan saya, tak jelas soal itu.
Sejak sekolah menengah, orang selalu cakap Biology ni susah. Susah like nak putus kepala. It’s kinda not like that actually. Memang lah susah sikit nak dapat dean, tapi seriously seronok bila masuk Biology lane. Lebih faham tentang hidup, lebih hargai masa, lebih faham kenape tuhan cipta ini, kenapa tuhan cipta itu. And, ALLAH’s creations yang tak Nampak tu, seriously cantik.
Penat?


CLANS 
My classes begin at 8:00 am and finished at 5:00pm or paling lambat 6:00pm. Ada gap, untuk solat. And it was packed since we need to finish everything in 3 years. Penat, sampai tak terasa. Biasa dalam lab, 3 hours paling lama. Kalau masa matrik, 3 hours tu setengah mati, masuk degree, 3 hours macam 3 mins. Tak terasa. (Ok tipu sangat tu)


Janganlah takut sayangku, just enjoy your life. It will be more colourful.

Since Im such a workaholic person (ececeh puji diri sendiri kee) I just love it so much. Bila penat, tidur. Bila bangun pagi, kerja. Bila letih terus tidur. Tak sempat nak fikir benda gundah gulana.
Hmm nak cerita apa lagi ek? Nanti, kalau ada apa-apa add on, kite tambah eh. Take care and see you soon in next entries InsyaAllah.



Thank you for your time reading my post!










.