20 December 2016

Takut

Takut.
Aku takut dengan mereka.
Mereka yang membuat masa laluku begitu perih
Mereka yang tega melepasku hampir mati
Mereka yang membunuh rasa hatiku tanpa belas

Takut
Aku takut dengan mereka
Lalu aku melangkah pergi
Dan begitu takut untuk menoleh lagi
Seolah aku akan mati sekali lagi

Aku bebas begini
Sendiri dan bebas memilih jalan tanpa harapan selain tuhan
Melangkah tanpa rasa
Walau kadang sepi terasa

Aku mahu tenang
Bebas dari masa lalu
Bebas dari ketakutan yang dulu.

Waktu saja yang mampu buat aku punya rasa lagi
Waktu saja yang buat aku kembali
Mewarnai kamu di masa laluku.

Aku tidak marah
Aku tidak layak untuk merasa jerah
Aku cuma pergi

Melangkah
Menyepi
Mencari jalanku.
Sendiri.

.