23 April 2012

PPUM Interview 2012

Assalamualaikum

There's a lot of things to talk about my Interview at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Something yang baru. Sebab, mungkin tak pernah pergi Interview untuk sambung belajar. Hikhikhik


Kan dah kata, ayah takmau hantar. Instead, dia suruh pergi naik bas sendiri.Lepas tu arrange sendiri.Tapi, Ibu kata, takpa, biar dia hantar ke sana.And yeah pagi 22 Februari tiba-tiba dia nak fetch hantar pergi sana. Tapi, saya kata kami pergi pukul 4 petang. Tapi, saya dengan Ibu buat decision nak pergi awal sebenarnya. Keluar rumah pukul 2 Petang, trust me, saya drive dari JB staright to KL dengan Ibu yang sebagai co-pilot yang terjerit-jerit kat sebelah.Well, I kan Iron Lady, remember? *Migrain*

Saya sebenarnya, buat permohonan dengan sangat tidak serious sebab saya rasa nak struggle dekat matrix je sebab masa exam banyak masalah, result buat menangis menjerit, so mungkin tak dapat lah untuk UM kan. Tapi, CikMar kata, buat je. So saya buat apa yang patut bila Bella kata ada permohonan yang buka for only two weeks. Saya apply lah. Tapi, saya ditawarkan untuk Diploma kejururawatan selama tiga tahun, dan kerja lima tahun di UM. Sebenarnya nak Diploma Radiografi. Tapi, dapat nursing.Tapi, still pergi je lah sebab Bella kata tak worth kalau tak pergi. Saya pergi lahhh

Pergi Interview pukul 7 lebih bertolak dari Desa rejang.Saya taktau kat mana, main tidur je kat rumah CikMar . Kuala Lumpur seriously buat kitak pusing, kamek tau? *Dah pandai bahasa Sarawak, ewah.*

Alah, yang baca ni mesti nak tau dia punya soalan je kan, so saya terus bagitau dia punya soalan je lah kan, sebab saya batch pertama untuk Interview ni. So, sempat lagi batch yang lain nak search pasal Interview Diploma Kejururawatan PPUM 2012 lah :')

Masa tunggu dalam lima orang semuanya dalam satu bilik dengan ada 3 baris kerusi *yang lain ada kat luar* Ada akak tu kata, Interview ni tak guna english. Tapi, kalau Interviewer nak kita speaking, janganlah pulak buat tak tau hang pi teghiak bahasa Kedah.

Student sebelum-sebelum saya kata, takda speaking, so, saya dengan hati girang-gembira macam nak pecah  blood vessel mengembang, *ewah, malam sebelum tu baca Success Bio terus keluar blood vessel. K diam lahh* Mula lah kata dalam hati, "Fuhh nasib baik lah, kalau tak, nak je balik Johor terus"

Masa mula-mula masuk sekali, dia suruh duduk dengan relax.Saya bilik satu yang ada ketua-ketua pengarah *kut, tak ingat* UM. Jadi kemungkinan masa Interview adalah sangat panjang sampai pembuluh darah kecut sebab kesejukan.

Mula-mula lagi, dia suruh beritahu fasal diri sendiri. Ewah, mention nama, sekolah di Sekolah Kluster Kecemerlangan Bandar Putra *Mungkin membantu* datang dengan siapa*sebab tak tau nak cakap apa, boleh pulak idea nak cerita datang dengan siapa, rasa nak menangis ah masa tu, sebab rasa diri ni lembap*

Lepas tu dia tanya anak ke berapa,Lahir kat mana. Lepas tu dia cerita yang nanti UM pun ada asrama macam masa sekolah,cuma tak ada sediakan makan. Tak boleh masak. Lepas tu tanya, awak nak makan kat mana? Saya kata, around College ada kedai makan kan? cuba cari dekat luar lah mengkut kemampuan. *taktau motif dia tanya cari makan kat mana ni, mungkin sebab nak tau cara kita solving problems kut.*

Lepas tu dia cerita pasal Belajar kat UM ni, kena kerja untuk seumur hidup *bukan as mention dalam permohonan for five years tu* Tak boleh pindah ke HSA JB ke, HKL ke, kena kerja kat UM sahaja.

Lepas tu dia kata awak, ada check UM punya website? Saya kata ada. Lepas tu tanya, ada tak gambar lelaki dalam website tu? Saya kata, tak pasti.Saya tak perasan *Memang tak perasan langsung sebab saya nak rush tengok website tu, sebab saya dapat tahu untuk Interview 20 haribulan which is Jumaat.Kengkadang, kita kena jujur. Sebab kejujuran yang kita pamerkan tu nanti yang boleh memikat. K ni bukan tips How to flirting around ye.*

Tapi saya cover balik cakap website tu, warna kelabu kebiru-biruan. And next Interviewer kata betul *Fuhhh saya selamat masa tu, sebab rasa soalan tu paling mencabar gila, nampak sangat lembapnya*

Lepas tu, mungkin nak make sure saya betul-betul tengok ke tak, dia tanya siapa Pengarah UM, saya kata Prof Ikram Shah.Lepas tu dia tanya ya ke, sure? And I said YA*Yang ni pun he said okay, and I feel so grateful. fuh fuh*


Lepas tu, nama panjang PPUM, saya memang buat research sikit, saya kata lah, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Nasib baik tulis dalam blog, kalau tak memang tak tau lah jawab cemana, nangis lah cakap taktau tsktsk. Lepas tu, PPUM under apa? Jawapan saya, PPUM under Kementerian Pengajian Tinggi. Dia provoke kata, ye ke? And I said with confidence,*nak tengok confidence kite jugak, maybe* Ya. Mungkin dia rasa saya ni berani sangat, dia tanya macam mana awak tau? Saya kata, saya ada berbual dengan uncle and auntie about this, dan auntie saya, ada buat masters dan tinggal di around Kuala Lumpur.Jadi, details tu, memang dah ada. *Saya goreng yang ni, sebab macam mana saya tau, itu biarlah rahsiaa, hihi* Lepas tu baru dia kata, okay memang betul, sebab PPUM ni bukan under kesihatan atau Hospitality even they've their own hospital. They still under Kementerian Pengajian Tinggi.

Next interviewer, lebih pada psychology saya rasa. She ask about macam mana awak nak melatih sifat sabar dalam diri? *As I mention in my 50 words essay about Sabar,hihi* Saya kata, saya diajar dari kecil dengan sifat dan nilai murni, serta keagamaan. Jadi sebagai seorang Jururawat, melalui sifat-sifat pesakit yang selalunya dalam keadaan kurang sedar untuk menjaga perasaan orang lain, dari situ saya boleh praktikkan nilai kesabaran dalam diri. Lepas tu dia provoke lagi, kalau sekarang, memanglah awak cakap macam tu, tapi, nanti, macam mana bila awak dah belajar, kerja? Saya kata, saya ada kerja sebagai pembantu jualan *Jadi mungkin perspektif lebih luas bila mention pasal kerja, mungkinlah hihi* Jadi dari situ saya dapat tahu cara untuk menangani manusia sekeliling. Kengkadang diorang marah, kengkadang diorang berterima kasih pada kita, dari situ pembelajaran tentang sifat-sifat manusia dan cara menangani nya lah.

Lepas tu, seandainya awak ada kerja yang lebih penting, dengan pesakit, mana awak dulukan?Saya jawab, depends. Tapi, saya rasa sebagai jururawat, pesakit yang saya akan utamakan.Sebab, pesakit adelah orang yang sakit. Mereka perlukan rawatan dan perhatian.Jadi,saya pilih pesakit.

Tetiba, Interviewer yang ketiga kata, As an eldest in your house, what do you feel? *Dalam hati, pengsan wehh pengsan, sebab ingat tak ada kena speaking. Sekali, kena speaking!* Mungkin saya rasa, sebab BM saya dapat A-. BI saya dapat A, jadi dia curious cemana orang melayu, tapi BI lagi rendah dari BM? Budak ni tak, mengenang budi betul Bahasa Melayu pun tak boleh nak score. Kan? *Nangis*

PomPamPomPam cerita pasal responsibilities,how to manage times,How I learn to be more matured and manage my family, my studies semua, then when she said, okay. I feel like, want to lompat-lompat kat situ juga.Lepas tu jerit kata, okay, walaupun speaking tak berabuk pun, saya masih boleh speaking as usually I just do writing and pre-reading, ni nak speaking pulok, rasa nak menagis memanglah ada!

Tapi, bila check profile Prof Ikram Shah, Rupanya, yang Interview saya tadi, Prof Ikram Shah tu sendiri, OKAY, SAYA RASA NAK MERAUNG PUN ADA SEBAB POMPAMPOMPAM SENDIRI,DEPAN PENGARAH UM. 


That's all. Hope this can help you on next Interview. :') *Ni yang saya ingatlah, yang lelain ada lagi yang tak ingat, kalau ada, nanti saya bilang.*

{Aaelia}

.