08 August 2017

Rindu yang satu ini

Rindu yang satu ini betul-betul memenuhi segenap ruang hati sampai tiada rasa rindu yang lain dari rindu ini.

Masih terbayang langkah aku ke masjidil haram.

Masih terbayang pagi hening yang sejuk dengan langkah laju mengejar subuh walau tak tidur 2 hari. Langkah yang tidak sumbang, tetap gagah. Langkah yang Allah kirim kekuatan yang begitu jauh dari kebiasaan. Tiada lesu, lelah, tenaga yang seolah diiringi dengan begitu kasih sayang.

Masih terbayang setiap langkah sendu dari pintu keluar hotel hingga ke mataf menyebut labbaikallahummalabbaik. (Kami menyahut seruanMu Ya Allah), sampai tersedu kerana terharu dengan Allah.

Masih terbayang langkah malam terakhir tawaf, sendirian, bercerita, merayu, meminta, hingga langkah ke hajarul aswad, juga sendiri. Langkah yg aku letak seluruh hati dalam lindunganNya.

Begitu banyak cerita.

Dan rindu ini seolah tak pernah pudar. Semakin rindu adalah.

Allah, semoga kau pegang rindu ini dan tarik aku untuk kembali. Semoga setiap detik akan kekal menjadi memori paling indah ⚘

05 July 2017

Bila raya orang persoal kenapa

Kelmaren raya.
Orang persoal kenapa.
Buat aku terkesima.

Mungkin sebab aku yg paling pandai sorokkan luka
Aku yg paling tahu kata, "tak apa"
Aku yg selalu diam malas nak berkata-kata
Aku yg selalu biar senyum hias setiap budi bahasa

Jadi aku yg paling tak layak rasa suka
Aku yg paling tak layak nak kata aku sedang duka
Aku yg paling tak layak nak kata, hati ni dah tak ada jiwa
Aku yg paling tak layak persoal kenapa

Kalaulah dia tahu
Aku seolah manusia entah mana hati yg masih belum disentuh rasa pilu.

Bilamana seolah dia mati tanpa beritahu
Tapi dia hidup mungkin aku yg tak ambil tahu.

Ps : Aku pun manusia. Jelasnya, aku pun terluka bilamana dia cuba buat anak perempuan itu tersenyum & ketawa, dan aku, anak perempuannya berhempas pulas memerah otak, esok bagaimana?

Hingga lepas beberapa tahun, dia tanya "sayang ayah tak?"

Keluarga kata
"Macam tu lah!" - Bila aku cuma senyum

Tapi dalam diam aku berkata "kholas". Mereka yg tak tahu maksudnya.

02 July 2017

My Umrah journey 3



Kota Mekah dan Madinah

Kota yang tak pernah puas untuk aku pandang, untuk aku tatap. Kota yang istimewa dalam hatiku. Kalau aku punya harta, boleh aku jual semua semata untuk tinggal di sini, sanggup untuk aku lakukan.


Walaupun 4 bulan dah pun berlalu dari saat pertama kali kaki melangkah naik ke pesawat Saudi Airline 29 March 2017, terasa hati tak pernah hilang rindunya. Terasa setiap kali aku pandang gambar/video kota mekah dan madinah, seolah aku pandang orang yang paling aku cinta. Aku terasa homey disitu. Berjalan sendiri, bermonolog dan berbicara dengan Allah swt. 

Di mekah, sungguh aku jadi seorang yang sangat berbeza. Kalau di Malaysia apa pun mesti akan fikirkan diri sendiri. Tapi kat mekah/madinah lain. diri sendiri akan letak tempat paling belakang. Mesti nak fikirkan orang lain dulu. Entah kenapa. Wallahu A’lam.

Diberi kesempatan menguruskan mak dan ibu, Masha Allah sepatutnya penat yang sungguh tak terkata. Tapi sepanjang di Mekah dan Madinah, seolah Allah swt beri kekuatan yang menakjubkan! Seolah penat dan lelah tak wujud langsung! (Kecuali pada hari pertama di Mekah when I got migraine at night) walaupun mak dan ibu bukanlah saudara/jiran. Aku kenal mereka sepanjang aku menunaikan ibadat umrah. I even didn’t sleep for 2 days sampai takut nak tidur sebab takut badan jadi makin letih. Tapi, nikmatNya, memang kudrat Allah bagi subhanallah, terharu lagi.




Bagi perempuan seumuran aku, untuk pergi sendiri tanpa mahram/keluarga terdekat seperti bapa/suami Ustaz kata agak susah dan mustahil. Tapi, entah kenapa, aku diizinkanNya, pergi bermahramkan pakcik belah ibu. Kiranya aku disitu tanpa ibu bapa. Berjalan most of the time, sendiri. Sampai ada pakcik yang marah bila tahu aku selalu keluar sendiri. Urusan sepanjang perjalanan dipermudah yang tersangat mudah. Flight dapat awal dari tarikh sepatutnya dan straight ke Jeddah. Biasanya akan delay/transit di Doha, tapi buat perjalanan aku, tidak. 

Dan itu adalah satu rahmat dari rahmat yang lainnya Masha Allah. Berada di kota Mekah, bertemankan kudrat yang Masha Allah entah dari mana (Ibu dan mak tak ingat jalan pergi dan balik dan cepat penat. Jadi everytime keluar, akan bawa ibu dan mak untuk buat umrah, dan hantar dan kembali semula ke Masjid sebab nak bawa mereka kehulu hilir masjid, ibu dan mak cepat letih, aku pula kejap nak buat tawaf, kejap nak jalan, kejap nak tawaf masjidil haram. Tak tetap pendirian hahaha) kadang-kadang badan dan kaki sampai terasa numb. Terasa jalan bukan menggunakan kudrat sendiri, sebab untuk kudrat aku, sejujurnya aku tak mampu. Sebab aku akan peluk ibu dan mak dikiri dan kanan, berjalan dan jarak perjalanan hotel ke masjid dalam 300 m tak termasuk tawaf sesat nak cari pintu Ajyad – pintu paling dekat ke hotel. Jadi kudrat yang Allah beri tu, memang dengan izin dan kebesaranNya.


Dari situ aku belajar banyak perkara. Sebab aku antara yang paling muda, tidak terikat dengan family, jadi aku bebas sembang dengan pakcik dan makcik jemaah umrah. Bermacam cerita yang aku belajar, sampai orang ingat aku mutawif perempuan! Yang buat aku nampak, Begitu banyak lagi susah yang orang lain hadapi, dan aku tak pernah sendiri. Tuhan jemput aku seawal ini, supaya aku jelas, DIA selalu ada walau kadang aku sendiri rasa mahu mengalah. Aku letih dengan dunia, sejujurnya.

Mataf dalam pukul 4-5 petang lepas solat asar 



Masih terbayang sejuk lantai Masjidil Haram, depan kaabah saat pertama kali sujud selepas tawaf umrah pertama. Terasa disiram air sejuk. Puas aku menangis disitu, melepaskan beban dan pundak yang tak terlarat untuk aku pegang. Puas aku teresak, sepanjang tawaf. Sebab nikmat dan rahmat Allah swt semuda ini. Malu sebab aku bukan siapa-siapa. Iman dan amal aku masih rapuh. Puas aku mengadu dan berterima kasih, sampai Ibu tanya, kenapa Alia menangis? Aku peluk ibu tanpa aku dapat cerita sebutir kata pun. Tapi aku tahu, dari setiap titis air mata, Allah  faham. Allah faham cerita aku, suara hati aku. 


Selesai bertahalul umrah pertama, terasa seolah hidup dah sempurna. Walaupun Cuma umrah pertama, dan bukan haji. Aku tersenyum puas. Sebab dari mimpi, menjadi impian. Dari impian menjadi alam rialiti yang sungguh indah tak terperi. Terima kasih tuhan..


Masih terbayang jatuhnya kecintaan pada rasulullah saw dan para sahabat serta isteri-isteri nya, saat naik/turun Jabal Nur. Terasa begini payah sebenarnya untuk mejadikan Islam, Islam yang sekarang. Begitu payahnya hidup dan mati dengan asbab untuk umat yang kini menerima dan mengamalkan Islam. Begitu lelahnya langkah demi langkah,kesedihan demi kesedihan sebab islam masih begitu rapuh, saat baginda meninggalkan dunia, begitu sayang baginda pada Umatnya, saat baginda sakit sakaratul maut, permintaan baginda adalah kebaikan-kebaikan untuk umat-umatNya.



Masih terbayang hiba saat ustaz menceritakan kisah-kisah sahabat nabi, kisah masyitah, kisah bilal bin rabah, yang begitu sayu dengan suasana masjidil haram, seolah kami berada di suasana dulu, zaman islam masih hijau.

Masih terbayang saat tawaf, ustaz menangis menyebut rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah wakina azzabannar saat langkah dari rukun Yamani ke hajarul aswad. Meminta kebaikan-kebaikan yang datang didunia dan diakhirat kelak.



Masih terbayang juga saat malam pertama cuba untuk cium hajarul aswad berteman pakcik dan makcik, hampir terpatah leher iols sebab kena tolak leher (masa tu terfikir, kalau terkehel ni mati kat situ jugak huhu). Dan malam terakhir di mekah, malam sebelum tu demam panas, mandi dengan air zam-zam berserta bunga mawar dari taif, sebelum tidur niat, esok nak cium hajarul aswad asbab nak menunaikan perkara sunat yang rasulullah saw lakukan (cium hajarul aswad kena pastikan iktikad supaya tauhid masih terjaga – bukan asbab batu tu akan hapuskan dosa je)

Esok sebelum subuh buat tawaf sunat, lepas tu dengan izinNya dan surah al-ikhlas/al-insyrh/al fatihah, lalu bahagian perempuan, ditolak ke bahagian lelaki, (I’m not so big so I’ve been under their shoulder) dan akhirnya dapat mencium hajarul aswad. Masa tu terpinga, eh aku dah ada kat sini, dengan bantuan dan iringan Allah swt sebab memang pagi tu turun sorang, tawaf sorang dan tekad & aurat minta Allah swt yang jaga. Sebab ada yang tolak menolak sampai terbuka telekung. I’m so afraid if that thing happens to me. But Alhamdulillah, Allah swt jaga. 

Dan Alhamdulillah, I said to Allah swt that I really want to go to Taif. Tapi masa tu (hingga di mekah) aku tak tahu itinerary sepanjang perjalanan. Sebab baca buku-buku tentang mekah/madinah dan umrah, selalu terbayang bagaimana bumi panas arab Saudi boleh ada kawasan sejuk macam Ta’if. Tapi, tahu…yang jarang ada agensi yang buat perjalanan ke Ta’if melainkan ada permintaan. Tapi, lepas beberapa hari di Mekah, ustaz umumkan ada perjalanan ke Ta’if. Dan masa tu……..terharu lagi dengan Allah swt.   

Seluruh pelusuk kota mekah yang dapat aku pandang seolah kota yang indah. Walaupun yang dipandang Cuma padang pasir yang kering, bangunan-bangunan coklat dan putih, masyarakat yang berbaju hitam dan putih, debu-debu yang berterbangan, tapi seolah semuanya sempurna. Semuanya cukup. 



Mekah memang tak macam kota-kota lain. lengkap dan sempurna dengan teknologi dan kemudahan. Tapi mekah sempurna dengan cara dan gaya yang tersendiri. Yang tak pernah dapat aku singkap dan sebut dengan perkataan. Mungkin perkataan yang paling layak adalah RAHMAT. Rahmat Allah swt yang buat mekah sempurna. Rahmat dan kemurahan Allah swt yang buat mekah indah dan sempurna. Sekurangnya dimata aku.


Madinah sebenarnya lebih moden dan membangun. Lebih berwarna-warni dan lebih subur. Kalau di mekah aku belajar tentang sempurna dalam kurang, di madinah aku belajar kasih sayang yang melimpah ruah walaupun sendiri. 

Banyak cerita yang aku pandang yang buat aku rasa seolah aku mahu tinggalkan jiwa dan hatiku disitu. Dibumi haramain yang Allah rahmati. 

Aku yang awalnya begitu takut dengan pernikahan, belajar begitu banyak perkara tentang hubungan dan keperluan berdua - di bumi haramain. Aku belajar tentang rahmat sebuah hubungan yang dimulakan juga dengan rahmat dan redha DIA.

Aku yang awalnya terlalu taksub dengan kesakitan hidup, terlalu selalu mengalah dengan hidup, belajar untuk terima dan terbuka menerima takdir, sembunyikan lelah dan tersenyum lagi dan lagi.
Aku yang awalnya patah harapan, mulai berimpian dan mengait impian baru. Kalau impian aku yang dulu Cuma untuk gah dimata manusia, (memalukan kan?) impian aku yang sekarang, aku iringkan dengan impian untuk dapatkan redha dan rahmatNya. Tanpa aku peduli, mata hati manusia mana yang akan mengagumi. Mata hati manusia mana yang akan meremehkan dan melukai.

Mungkin aku jauh dari dikatakan perempuan solehah yang sempurna. Aku cuba, Aku belajar, aku selami. Cuma mungkin aku perlu waktu. Perlahan-lahan, mungkin sebab hati selalu berdegil dan bergaduh dengan neuron dalam otak tsk tsk. 

Kalau nak cerita tentang kota Mekah dan Madinah, takkan pernah puas dan habis. Banyak cerita yang aku rasa semuanya manis-manis yang kadang tak tercerita sampai terharu dengan Allah swt sangat-sangat. Dan lagi, Sebab aku akan jadi trillion times excited when talking about haramain. Entah kenapa, kecintaan aku tumpah disitu. Moga Allah jemput aku bersama suami lepas ni. (Hekhek dah tau nak panggil S tu. Kalau dulu diri kot bulu roma iols)

Moga Allah kurniakan si dia yang akan memimpin hidup dan langkah aku ke bumiNya. Sentiasa tunduk dalam langkahnya, sentiasa tawadduk dalam mencari redhaNya. Kalau boleh yang boleh berbahasa arab hehehehehe sebab bolehlah dia jadi translator tak berbayar iols kehkeh. I really want to learn Arabic, but until now, I’m still stuck – kenapa satu ayat ada sampai 3 ke 4 maksud yang sama, kenapa bahasa lelaki dan perempuan berbeza and such, being me, lotsss of questions popped out in my brain sampai serabut sobs. ME AND SERABUT IS ALWAYS COMPLIMENT TO EACH OTHER tsk tsk.

Buat yang teringin ke Mekah, menunaikan Umrah/Haji, SYABAS dah ada niat ke sana. Tapi mungkin terfikir, macam mana nak pergi, duit tak ada, mahram tak ada, itu dan ini tak cukup, percayalah. DOA. Sebab tak ada yang mustahil bagi Allah swt. Minta dan merayulah pada DIA. Aku buktinya, aku tak punya duit banyak bila berimpian ke mekah, aku mula dari amount KOSONG dalam account bank! aku tak punya mahram yang kuat seperti suami atau ayah atau pakcik belah ayah untuk ke mekah (sampai ada ketika tu jalan terakhir adalah kahwin) sebab aku nak sangat pergi mekah. Sebab aku nak sangat rasa tenang yang indah. Minta saja pada dia, kalau boleh sertakan bila nak pergi, Allah swt akan tunjukkan jalanNya In Sha Allah. DIA lebih tahu setiap yang disertakan dalam hati dan doa doa kita. Allah listens to all your spoken and unspoken prayers, and grants the ones which are the best for you. 


Moga-moga, hati dan jiwaku yang aku tinggalkan dibumi Haramain sentiasa memanggilku untuk selalu-selalu kembali ke bumi yang paling indah, paling aman, paling tenang buatku. Amiin!

20 May 2017

Buatan orang, sihir & kebahagiaan

Assalamualaikum.

Em patutnya nak sambung tulis #MyUmrahJourney yg tak sempat tu wakaka tapi pagi ni terbaca pasal House Of Cats ditutup sebab sihir & buatan orang.

Masha Allah. The struggle is real! I'm not part of/ada kena mengena dengan House Of Cats ke apa, tapi aku salah satu manusia muka bumi ni yang pernah alami semua tu.

Muntah berdarah, berak berdarah, badan berpasir, rasa macam nak mati tang tang tu juga, yeah sort of many things yang jarang beritahu orang lain.

Siap kena dokong baca Yassin, kena Azan dengan 10 orang hamba Allah taktau tah sapa (masa tu kat matrik)

It happened and I still struggle to avoid it. Bukan saja-saja taknak bagitau kerja mana, belajar mana, duduk mana, kengkadang sampai rasa macam pelarian. But Alhamdulillah everything makes me even stronger than before.

Sebab kalau tak lalui tu semua, tak pernah terlintas nak ke rumah Allah semuda ini. Kalau tak, tak belajar banyak ayat Qur'an lawan sihir, tak belajar kenal Allah swt. Tak kenal hamba-hamba Allah yg juga perlukan pertolongan yg sama ❤

23 April 2017

My Umrah Journey

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah swt jemput awal ke tanah lindunganNya. 2017 will be my turning point & happiest year In shaa Allah ❤

Aku bersyukur dimana I'm the youngest di antara jemaah yg pergi sendiri tanpa the whole family. I went to Mekah by using my uncle belah mak as mahram which actually bila orang luar tanya, sepatutnya tak boleh. Pakcik belah mak tak cukup kuat untuk jadi mahram (if your read few post about my preparation to go to Mekah, aku sampai hampir kena kahwin for the sake of doing my Umrah at 23 y/o)

Tapi dengan izin Allah Masha Allah tabarakallah, lepas pergi sana sini cari agensi yg boleh gunakan pakcik sebagai mahram (of course ada procedure yg agak complicated 😂) tiba juga di Jeddah pada 1 rejab. Exactly 1 rejab Masha Allah (sepatutnya pergi bulan 2, delay sampai tarikh yg paling cantik Allah bagi. Dan sepatutnya aku gerak pada 1 rejab tu, tapi dapat flight awal, tiba di Mekah pada 1 rejab. Terharu sebab Allah swt susun sangat cantik perjalanan kami) 💕

Flight tak delay, ustaz kata 7.30 malam gerak, exactly 7.30 malam gerak dari KLIA. 11 malam sampai Jeddah, memang tepat waktu 11 malam sampai Jeddah straight to Mekah. Sampai je, terus masuk Mekah dah dalam keadaan ihram sebab niat ihram dalam flight di Qarnul Manazil. Untuk tetamu Allah dari Asia, memang akan Miqat (niat ihram) di Qarnul Manazil.


Ni sebelum gerak. Masih di Malaysia. We use Saudi Airline. Ya Allah, I got my fav food naik je flight! Pasta! Terharu dengan Allah swt sebab memang agak lama tak makan pasta sejak habis degree balik rumah. 😢😢

Masha Allah, Allah s.w.t susun sangat cantik, 1 rejab tiba dan terus buat umrah pertama. Tiba dalam pukul 2 siap Check in Hotel Saraya Iman dalam 300m dari Masjidil Haram. Masuk je kota Mekah hati dah sayu sebab Masha Allah, after all this while, after 5 years waiting, after 5 years I got that precious dream of Kaabah (masa tu sakit dan I wish to go to the most serene place in the world and Allah swt mimpikan aku kaabah. Masa kursus Umrah, ustaz cerita ada 2 perkara yg syaitan tak boleh imitate dalam mimpi. Rasulullah sallallahualaihiwassalam & Kaabah. After I know that, I feel like crying. Allah is near, Allah listen to all my duas. 😢)  and I finally arrived in Kota Mekah. Nampak pintu masuk Mekah yg ada bentuk macam raihal Qur'an , disebabkan kami tiba malam, ada lampu-lampu di sekitar tu nampak cantiiiik sangat! 

Hari pertama

Siap siap kemas bilik lepas subuh terus turun untuk buat our first Umrah. Subuh dalam pukul 4 lebih dan kami settle semua, dah subuh. So our first subuh in our room, after breakfast dalam pukul 6-7 pagi dah turun. Masa baca talbiah dari hotel masuk ke Masjidil Haram (masa ni belum nampak Ka'bah lagi), pijak je lantai Masjidil Haram, masha Allah rasa nak nangis lagi Allah jemput aku akhirnya! Akhirnya ke Kota LindunganNya. And I feel His love is so near. ❤


Nampak je Ka'bah rasa macam ada air mengalir dalam hati. Tenang & bersih. I close my eyes and I feel like, this is what I want all this while. Lantai putih kawasan Ka'bah sejuk sangat pagi-pagi. Tenang dia, tak boleh describe and I feel so grateful!


Kat sana aku tawaf dengan Ibu, I called makcik-makcik dengan panggilan Mak & Ibu. Lepas habis tawaf ke Sa'ie baru tanya, "Ibu ni roomate Lia ke?" Pity Ibu! Sebab pagi tu baru je sembang, Lia dah lupa muka Ibu dah siap tawaf baru tanya & hadam "ni muka ibu" sebab I realllyy have bad memory in remembering people's faces 😂. Siap sa'ie dan bertahalul. Done our first Umrah, masa tu masuk Zohor dan solat terus di Safa. Masa tu pun terharu lagi. Terharu dengan Allah swt, Dia sungguh dengar doa doa aku, dengar suara hati aku, dengar cerita hati aku yang sangaaat banyak. Ya sami' - The All Hearing, yang Maha Mendengar, all I can say is, Alhamdulillah Ya Sami' for everything!

Yang tudung kelabu tu Ibu,Yang tudung gold tu Mak.

Oh ye. Bear in mind, this will be a very long post 🙊 Because I will write 85% details what happened along my journey in Haramyn so that I won't forget anything & can alwaaays do throwback by reading this post! Hehe. 😉

Lepas habis umrah pertama takde aktiviti lain selain balik hotel, mandi prepare for asar, biasanya Asar ke Maghrib sampai Isya' stay je kat Masjid sebab waktu solat dekat dekat. Lagi satu, kalau dekat Masjidil Haram ni, lambat je masuk, polis kalau selalu tengok gambar, yg pakai baju coklat tu, akan tutup pintu masuk guna penghadang warna hijau, (kalau rajin usha gambar kat mekah boleh nampak hehe) siap ikat chuols so takde sapa boleh masuk sampai siap solat Jenazah dan orang keluar. Oh ye setiap habis solat fardu, dekat Masjidil Haram & Masjidil Nabawi, akan ada solat Jenazah.

Kalau kat Mekah, akan dikebumikan di Ma'la dan Madinah di Baqi'. Katanya, kalau di Ma'la tu few months lepas dikebumi jenazah akan dipindahkan ke tempat lain but in Baqi' tak. Wallahu'alam.


Oh ya, malam pertama tu, we are so exhausted pastu Mak & Ibu hilang. I got migraine memang tak mampu nak mencari. So telan panadol, luckily ada orang hantar Mak & Ibu ke bilik sebab rupanya diorang tak ingat bilik dan jalan balik hotel plus terpisah masa Isya'. Taknak kejadian terulang lagi, I wrote nama hotel siap dengan nombor bilik bagi sorang satu in case jadi lagi. My aunty dah risau sampai tak boleh tidur ha la tempat orang kan, but me at that time dah tak boleh hadam so telan panadol dan terus hanyut 😅 Yeah my friends know kalau aku sejenis migraine, I will not be myself, akan jadi semacam hulk so baik tidur huhuhu!

Hari kedua, masih lagi ustaz mutawif bagi rehat sebab taknak terkezut kan tiba-tiba banyak aktiviti. On our 2nd day, still aktiviti bebas bagi mak mak rehat & ke Masjidil Haram je.

I can't really remember tarikh & masa sepanjang kat Mekah. Ni pun ingat sebab setiap hari I watch video Ustaz membebel. Luckily ada rakam! Sebab video lain memang tak amik in fact tak pegang phone, tak bawak phone keluar sampai lupa nak bagitau mama dah sampai. Nasib baik dah siap-siap buat group so my uncle je sampaikan kat group dah tiba. Aku macam dah masuk dunia baru, and I really love this place sampai lupa semua! 😂

Hari ketiga (er I don't remember Malam hari Kedua or Hari Ketiga 😅) Tapi malam la dalam pukul 9 malam kami gerak ke Jabal Nur. Jabal Nur tempat dimana ada Gua Hira'. Tempat Rasulullah saw menerima wahyu pertama yakni "Iqra'". Kami sempat sesat ke Mina sebab pemandu bas lost dari bas pertama dan dia sendiri taktau nak pergi mana 😂, tapi Alhamdulillah tiba juga. Perjalanan yang patutnya 20 minit je, jadi dalam hampir 1 jam jugak mencari.

Jabal Nur ni kawasan yg cerun. Turun dari bas, kami naik van dan dia bawak, memang macam roller coster. Aku memang suka orang bawak drift memang seronoklah! Wakakak ada jugak jemaah rasa nak tercabut jantung sebab memang kawasan curam dan van yang bawak tu sengaja membelok suka hati dia. Dan aku rasa, kereta kat Saudi ni macam pakai buang sebab memang suka hati nak drift, nak letak sepah-sepah tapi nak nampak kemalangan tu saaangat susah. Miracle kan? ❤

Kami panjat Jabal Nur di kawasan yg ada tangga, itu pun masih curam. Tapi Rasulullah saw & Saidatin Khadijah, sebenarnya lalu jalan yg bertentangan dari kami yg LAGI CURAM. Masa dah sampai puncak which around 12-1 pagi waktu Mekah, memang rasa macam nak nangis. Bukan penat, tapi rasa makin sayang pada Rasulullah saw sebab begitu susahnya baginda nak dapat wahyu, nak sebarkan syiar Islam dan banyak lagi cerita yg Ustaz cerita setibanya kami di puncak. Dari puncak dapat tengok kawasan Mekah dan Zamzam tower dari kejauhan. Cantik sangat Masha Allah!


Ni SEPARUH je kawasan mekah dari atas Jabal Nur. Masha Allah cantik sangat!

Balik hotel kaki dah menggigil (ni dah terbayang Rasulullah menggigil dapat wahyu pertama tapi terharu jugak sebab kita turun bertangga Rasulullah saw turun di jalan lain, tak terbayang cara baginda turun lepas dapat wahyu pertama dalam keadaan demam & ketakutan) Yes, aku banyak terharu dengan Allah swt kat Mekah. 😔


Balik solat subuh, terus beli aiskrim Mekah. My fav mix fruit! 5 rial tak silap. Bayangkan 6 pagi makan aiskrim wakakaaka 

Biasa kalau kat Malaysia memang dah tak boleh bangun dah even baru lari beberapa km kan. Dah la takde warm up. Ni, panjat bukit curam kot! Aku dah terbayangkan diri sendiri pengsan kat hotel. Tapi, bila balik (dah nak subuh dalam pukul 3. Subuh dalam 4 lebih) aku boleh mandi, siap cuci baju, terus bersiap nak pegi Masjid. My aunty terjatuh masa turun so, dia tertidur dan tak sampai hati jugak nak kejut so I walk around by myself. Pagi esoknya ada Ziarah sekitar Masjidil Haram lepas sarapan, dan straight pergi Ziarah sampai waktu Zohor.


Ni tapak rumah Saidina Abu Bakar. Jadi KFC! Saidina Abu Bakar As siddiq ni bapa mentua nabi. Bila masjidil haram dilebarkan, penduduk-penduduk Mekah di pindahkan dan beberapa tapak rumah sahabat nabi dan rumah nabi saw sendiri jadi tapak baru. Even rumah nabi saw jadi maktab (library) dan rumah abu jahal (berdepan dengan rumah nabi saw) jadi tandas. So para jemaah kami, kalau nak ke tandas, diorang akan cakap nak pergi rumah abu jahal 😂😂😂 even kat Malaysia pun still cakap bahasa yg sama. Omomo rindu All the jemaah! 😗



Air tebu dengan perahan lemon. Habis je ziarah masjidil haram, ustaz mutawif kami nak belanja air tebu. Masing masing kecurrr la! Dah tengah hari tegak kan gigih jalan dalam 350-450m dari masjidil haram. Jalannya masuk lorong-lorong. Lucky for us, our mutawif sangat suka melepak kat ceruk-ceruk jalan. So diorang tau tempat makan yg sedap, rare dan muraaahh! Hehe

Biasa kalau kat Msia memang kepala dah tingtong sebab tak tidur hampir 2 hari! (Masalah badan aku adelah kepala. Senang migraine dan bila kena serang tu Masha Allah collapse terus 😂) Tapi, ajaibnya di Mekah, Masha Allah tabarakallah, 2 hari tak tidur, I didn't feel anything! Masih lagi boleh jaga mak & Ibu. Kaki tak sakit seolah kebas tak rasa apa, Ustaz siap dah tak boleh duduk dah 😂 Aku boleh Usung Mak & Ibu pergi minum Jus tebu, balik hotel mandi, tidur dalam setengah jam turun balik Masjid. Malam tu tidur dah takut sebab badan aku sejenis kalau over exhousted akan kejang. Tapi paksa jugak tidur, dan Alhamdulillah bangun pagi tak rasa apa. Boleh teruskan rutin dan Hari ke empat Umrah ke 2.

Hari keempat

Umrah ke dua, kami Miqat di Ja'ranah. Pagi tu gerak ziarah Mina & Arafah. First kami lalu Mina pergi ke Jabal Tsur, lepas tu ke Jabal Rahmah dan lalu di Arafah tengok tempat jemaah Haji wukuf di Arafah dan pengisian tentang haji sikit sebelum niat Umrah di Masjid Ja'ranah. Siap-siap di Jabal Rahmah sebab takut Masjid Ja'ranah ramai orang sebab masa tu dah tengah hari. Kami gerak dari Jabal Rahmah dalam pukul 9 jalan dah nak tutup. Ok 9 pagi di Mekah kira dah siang sangat sebab biasa prepare solat Zohor dalam pukul 12 so kawasan Mataf (tempat tawaf) akan dibersihkan.


Jabal rahmah. Ada aiskrim lagi! Hehe Tapi kalini ustaz belanja. Sampai je lori ais krim tanya kat ustaz, "ustaz, ni amik je ke?" Ustaz cakap, "suka hatii je nak amik. Jap, ustaz bayar dulu!" Haha yg best, banyak ustaz mutawif belanja. 😉😉😉 siap boleh pakej terkesima bila tengok dia sembang dengan orang arab! 


Ni Mina. On the way balik dari Miqat, ustaz cerita la keadaan haji masa bulan haji macam mana. Yang macam terowong warna kelabu tu tempat melontar jemaah haji. Melontar jamrah.


Jabal Tsur. Dimana Rasulullah saw bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar ra, ketika dikejar kaum Quraisy (Wallahualam)

Niat Umrah di Masjid Ja'ranah (masa ni istighfar bebanyaaak sebab makanan & jubah semua murah tapi ustaz tak bagi melontar sebab nak cepat hehe. Melontar tu definisi kami di Mekah untuk Shopping 😎) Siap semua, sampai di Masjidil Haram dalam pukul 10 pagi terus tawaf, waktu Zohor masuk kami dah mula ke Sa'ie. Em kalau tengok my skin agak berkilat lat lat sebab tawaf tengah hari tegak plus masa kat Mekah memang I really don't care nak pakai sun block 😅.

Sebelum Sa'ie kami solat Zohor dulu di bukit Safa. Takde la bukit pun, dah disimen rata cuma macam berbukit sikit siap ada air cond dah di kawasan Sa'ie tu 😁.

Ok settle Umrah kedua aktiviti malam tu bebas.

Hari ke lima

Esoknya Ziarah kami ke Hudaibiyah. Macam biasa dalam pukul 8.30 - 9 pagi gerak dari hotel, tapi yg ni Ustaz suruh siap-siap dalam pakaian Ihram sebab masjid Hudaibiyah agak kecil dari Masjid Ja'ranah dan bersesak. Jadi kami siap-siap dah dalam Ihram cuma nak pergi Niat je di Miqat untuk our 3rd Umrah.

Lupa nak cakap, our Umrah agency provide 3 kali Guide Umrah. Biasanya sekali but Alhamdulillah we got 3! So memang bacaan semua ustaz ajar ada recorder boleh ikut Ustaz baca.

Nothing much masa Ziarah Hudaibiyah. Sebab ustaz cerita je pasal Bai'ah dalam bas. Takde turun macam semalamnya Ziarah Mina & Arafah. Dan settle our last Umrah pada hari ke 5. Masa tu sediiiihhh sebab dah siap peluk-peluk siap ucap shabas kat mak & Ibu dalam sihat tak sihat, dengan tangan kena grip dengan aku habis 3 kali Umrah. 💪 Oh ya, sepanjang kat Mekah, orang ingat aku mutawif perempuan sebab busybody uruskan mak mak siap panggil mak orang mak sesuka hati aku wakaka. Aku pon Aminkan je, sebab memang hati nak duduk Mekah dah takmau balik. 😢


My fav spot! Belakang maqam nabi Ibrahim. Alhamdulillah everytime I did tawaf sunat I managed to get to solat into the Hijr Ismail & betul-betul bawah pancuran emas tu. And time dhuha I managed to solat here. Betul-betul belakang Maqam Ibrahim. Which is tempat mustajab doa. 

Masa hari terakhir, I really want to do something before we go to Madinah. So malam tu niat, esok before subuh nak tawaf & cium hajarul aswad. (Memang kena niat cakap dulu sebelum gerak. Biasanya in shaa allah dapat, ustaz kata) sebab hari pertama hampir nak patah leher kena tolak. My aunty really want to cium hajarul aswad, but me at that time so tired, so tak dapat. Hari terakhir aku pergi sorang. Niat, baca baca sikit ayat lazim, pergi bahagian perempuan (dekat dengan pintu taubat) tapi kena tolak bahagian lelaki. Dua kali kena tolak, kali ke tiga, Masha allah lelakinya tinggi-tinggi, and because I'm short 😁, I managed to lalu bawah diorang (aku paras bawah bahu dorang) so lalu bawah tangan dapat cium hajarul aswad on my last day before tawaf wada' Alhamdulillah. 

Tips : Jangan tolak orang. Biar Allah swt dorong kita, doa banyak-banyak, istighfar, doa juga supaya aurat terjaga sebab memang tertolak-tolak ada yg sampai tertarik tudung. Niat dari rumah (aku sebelum tidur dah 'cakap' dengan Allah swt, nak cium hajarul aswad- I love to 'sembang' with Allah swt before sleep 😚) 

Most important, jaga iktikad. Sebab cium hajarul aswad bukan sebab batu tu boleh angkat dosa ke apa. Tapi, sebab sunnah rasulullah saw everytime lepas tawaf, Rasulullah saw akan cium hajarul aswad. Tapi, ada negara yg memang agak taksub sebab tu diorang sanggup tolak tolak untuk cium batu syurga tu. My telekung still bau harum bekas cium tu even dah basuh! How i miss mekkah 😢😢😢

Hari ke enam

We went to Ta'if! I'm so excited sebab dari Msia, I read lots of Books sampai mama kata nak ikut buku yang mana satu karang keliru sebab banyak naw baca. But yeah, me and books always complement each other so I said "no la nanti cari 1 book yg paling best baru la bawak 😂" Lucky me Alhamdulillah ada buku tu beli dapat free buku kecik yang complete doa dari naik kenderaan kat Msia sampai balik Msia doa nak masuk rumah balik. Wiwiwi

So back to Ta'if. I read about how Ta'if sejuk macam di Cameron. We paid SR200 for Ta'if sebab tu ziarah option, kalau nak pergi boleh kalau tak boleh stay di hotel. Biasanya, memang pihak agensi tak buat Ziarah ke Ta'if dan it's their first time jugak buat dan first time jugak bagi mutawif. Sebab arab saudi agak tertutup juga untuk Ziarah bumi Ta'if sebab antara kawasan bergolak. Even the book I read, dia dapat pergi Ta'if pun sebab diy punya umrah. But then, Alhamdulillah tabarakallah impian aku nak ke Ta'if dapaat masha Allah. Nampak tak, Even when I just say macam seronokknya dapat pergi Ta'if masa baca buku tu, then poff Allah swt bagi padahal awalnya agensi takde pun buat ke Ta'if. Terharu lagi dengan Allah swt. Memang sepanjang kat Mekah banyaaaaaaaak sangat terharu dengan Allah swt. 😢😢😢

We went to Ta'if by using coster. Macam van tapi versi comel macam caravan. Disebabkan pihak Saudi memang tak bagi Ziarah Ta'if, so bas memang tak boleh masuk sebab tu kena bayar agak mahal for transportation to Ta'if. Dari 3 bas, separuh je yang ke Ta'if (mostly muda muda sebab mak mak dah penat untuk 3 kali umrah & berehat di hotel for our 8 hours journey to Madinah at the next day) we went there by 3 coster. And separated by 3 mutawifs.















20 April 2017

My Umrah experience 🕋

Assalamualaikum.

I just came back from Saudi 10th Apr. Even after 10 days, my heart still miss mekah so much! (We went to mekah then baru pergi madinah) even when we're at Madinah, when I watch live tv Masjidil Haram rasa nak nangis sebab rindu
😢😢😢

This thing I don't tell anyone, but I really want to write it somewhere before I begin my #JourneytoTanahHaram story.

After my Umrah, Masha Allah I don't care anymore to have big house, nice clothes, big car. I just want to get married and live in Mekah or Madinah. I just want to live in Tanah Haram.

So dear husband, I wish if one day you read this, and you feel like wanna marry me, for me right now, I only want simple majlis (kalau ikut hati doa selamat & tahlil just like one of my lecturer 😂) and bring me to Mekah with you.

Sebab even after 10 days, I still miss mekah and I don't know how to hold this rindu any longer. Rindu yg sangat sangat. And I really wish this rindu will remain in my heart. (Or should I tell I left my heart in Mekah already 😣)

Because this feeling just make me want to be closer to Allah s.w.t and make me want to learn more about Islam, Qur'an and Arabic language.

Yeah before this aku disogok dengan logical, sciences, and living things. I rarely want to really understand what my religion really meant. Until 10 days ago. When I learnt, Islam is more than what I ever think before.

More than how we compete with each other to please the dunya & reality. More than how we want to be richer than we were before. More than how well our life is. It's more than everything in dunya.

Rahmat Allah swt is more than anything and it can't be counted.

Hm. That's how it changed my thoughts about life. I wish ada pintu suka hati doraemon right now, I want to stay in Masjidil Haram and go to raudhah everyday. Because I finally met the real peace that I've been searched for years.

What make me even more firm with my decision (hamboi ayat kemain 😂) sebab I can go out at night without feel tired/sick/anything following me going back home.

Sebab kalau ada yg dah baca my old life, aku pernah disihir sampai tahap pernah fikir just take my body. Sebab sampai kawan angkat, baca yasin depan pintu like that day is my last day. And after that I need to control my "night outing" or else esoknya I will sick or worst than that orang nampak aku keluar berdua (means there's something following me).

Ok enough about that, but in Mekah I just feel different. Energy sentiasa ada. Balik Masjid lewat pun tak rasa apa. Banyaaak miracle that I found that make me feel, this is home for me. I feel safe here. I want to live here. I want to build my sakinah mawaddah warrahmah family here.

May Allah grant my prayer Amiin ❤

27 March 2017

My Umrah journey 🕋

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

After so many emotional issues, until I need to get married for my mahram (not married yet! Bcs I got another solution Hihi), change umrah agencies for times, change the procedures and so on, Alhamdulillah 29/3/2017 will be precious date for me. Despite of 1 rejab yg memang precious date for all muslims (bulan rejab bulan rahmat before ramadhan 😘) I will perform my Umrah flight from klia straight to Jeddah and then terus ke Makkah untuk umrah pertama.

The exact date for me to go for Umrah is 30/3. But suddenly got call from agency that we got new flight airlines. Offer tukar dari Qatar ke Saudi Airline. Which will be no transit (biasa transit di dubai for hours). Alhamdulillah. I can't describe how happy I am, after shed so many tears try to find the solution for my problems.

Wonder why I really want to go to makkah? 😉 sanggup ikat perut for years guna duit Yayasan sebaiknya because I want to save my money for Umrah after I graduated.

My reason is,

Masa sakit 5 tahun lepas (which I think I gonna die Masya Allah!) I went to Masjid AnNur Kolej Matrikulasi Johor nearly everyday. I woke up at 3-4 am siap-siap pergi masjid alone. Balik after 10-11pm. Sepanjang hari spent dekat masjid. Sebab? Sebab nak tenangkan hati & I feel more calm kat rumah Allah. Masa tu masih dalam perubatan Islam. Hampir tiap minggu balik, berubat Islam.

One day, pergi masjid macam biasa. Sementara tunggu subuh, aku tertidur. And at that time I got a dream.

There was me, dekat atas bukit. Dikelilingi (look like human) berjubah putih. Ramai. Sangat ramai bergerak tanpa arah. Just walk around me. Dan bawah bukit tu, aku nampak kaabah. Dan perasaan masa tu? Tenang setenang-tenangnya. Tenang yg aku cari selama ni, aku rasa bila nampak kaabah. Ajaib.

Dan lepas tu aku tersedar. I feel so weird. Pagi tu macam rasa lain. Perasaan macam malam tu malam 10 malam terakhir ramadhan. Padahal bukan bulan puasa. I can't remember who is the one I call after I had that dream, but there's someone. And he/she said, "itu tanda Allah dah panggil"

But at that time, takda duit, sibuk nak habiskan Matrikulasi, lepas tu sambung degree. Sampai alhamdulillah habis degree, baru dapat usaha untuk pergi.

And here I am. Prepare for my Journey to Makkah. May Allah ease. Doakan perjalanan aku dipermudah In shaa Allah. Kalau nak kirim doa, just email at shieera94@gmail.com kalau boleh before 29/3 😊 In shaa Allah seboleh mungkin I will pray it for you.

#sistakbukavaletdoatau
#sistolongje

May Allah bless.

31 January 2017

Cerekarama

Terlalu sering

Ada suara yang tidak dia lontarkan
Diceritakan hanya pada tuhan
Diluar dia hamparkan manisnya senyuman
Walau begitu perih langkah dijalanan.

Dia diam

Melemparkan pandangan
Seolah ruang itu terlalu mengasyikkan
Walau terlihat kabur dipenglihatan

Dalam kelam malam

Dia bercerita pada tuhan
Tentang seisi dunia yang begitu melelahkan
Sampai dia hilang di balik bayangan.

23 January 2017

22 January 2017

Questions

Tuhan,

Pertanyaan demi pertanyaan
Yang cuma Kau tahu jawaban

Soalan hati
Tanpa aku tahu cara untuk aku suarakan

Aku pendosa
Yang tak jelas pandangannya
Bisu bicaranya
Hilang rentak hatinya

Tapi
Tetap kau izin aku bernafas lagi
Untuk menutup ruang lompong dalam hati

Moga selalu kau izinkan aku kembali padaMu
Moga persoalan ini tak membawa aku jauh dariMu
Kerana jujur, aku takut.

Jujur, aku begitu rapuh
Dengan kelukaanku.
Dengan persoalan hatiku

10 January 2017

Tuhan lebih tahu

Kadang sebagai perempuan, aku akui. Saat hati begitu rapuh, aku memilih untuk pergi.

Sampai bila aku sendiri tak tahu entah mampu atau tidak untuk aku kembali. Aku selalu bertanya, salah aku kah tuhan? Saat aku memilih untuk menjauh?

Aku juga punya hati.
Tapi seolah aku tidak layak untuk bertindak seolah aku punya hati.

Seolah aku yang dipersalahkan sedang aku cuma perempuan yang begitu rapuh dengan rasa. Aku dewasa, tanpa rasa. Aku dewasa, dengan luka.

Tapi, masih salah aku kah untuk menjauh dan menyepi?

Tuhan yang tahu, begitu aku lelah untuk sendiri. Tuhan yang tahu begitu aku terlalu ingin lupakan aku yang dulu. Sama ada memori yang indah, atau memori yang tidak cukup indah. Aku ingin lupakan semua.

Supaya tak ada lagi rasa yang tertinggal.

08 January 2017

Hamba

Sebagai hamba, aku selalu goyah. Bukan kadang. Selalu. Bila rasa penat dengan dunia. Bila rasa letih nak kejar apa yang didepan, bila tak selalu dapat apa yang hati nak. Tapi, out of nowhere this heart always thank to Him that He always make me accept everything and back to Him.

As a human, we can choose. When He took something from us, we choose to walk away or build our trust again and accept everything. We are the one need to choose to be better or vice versa.

I've been in both conditions. Yes, I used to be ungrateful servant. Masha Allah. But when I slowly begin to find what makes me feel so calm and peaceful, I found Him. I found the serenity and He took my worries.

Mencarilah dan terus mencari wahai hati yang berkelana. Mencari dan berdoa semoga kita ditemukan dengan apa yang hati kita mahu.

Tapi, aku berharap saat kau temukan apa yang dicari, kau bertemu Dia. Yang menciptakanmu, Yang memberimu nafas, Yang mengizinkanmu berkelana di bumi ciptaanNya, Yang mengizinkanmu merasa cukup dan Yang menenangkan hatimu.

04 January 2017

The old me - The new me



Aku mencari seolah ada yang hilang, tanpa aku sadar apa yang telah aku hilangkan. 
Aku tertanya-tanya. Seolah hidup begitu kosong. Seolah kesedihan meliputi kehidupanku. Aku terbiasa, terlalu biasa dengan namanya bahagia tanpa aku tahu tuhan bisa mengambilnya, kapan pun. Aku takabbur. Aku lemas dalam bahagiaku sendiri.

Sampai aku hilang arti mahu hidup. Aku mahu berhenti untuk hidup. Aku hilang semua mimpiku. Untuk apa aku hidup? Untuk apa tuhan? Itu pertanyaanku dulu.

Namun, dengan perlahan tuhan membawaku kembali. Menghulurkan begitu banyak manusia yang tanpa aku kenal dirinya, aku lihat kemanisan hatinya. Seolah lena terbangun kembali, aku tahu tuhan tak pernah pergi. 

Aku bisa apa?

Aku Cuma mampu melihat mereka mengubat sedikit demi sedikit lukaku. Dan saat aku mulai menyayangi, tuhan mengambil mereka kembali. Membuat aku kembali sendiri. 

Tapi anehnya. Saat ini, aku lebih kuat. Aku tidak tertanya tanya. Dan aku tetap mahu dekat denganNya. Karena aku lebih percaya, hidup itu ada indahnya, selagi hati menilai yang tidak terlihat di penglihatan. 

Aku telah hilang begitu banyak perkara. Tapi entah hati seolah tetap mahu bermimpi. Di satu sisi aku takut untuk berimpian lagi. Tapi disatu sisi aku percaya, tuhan memegang mimpi dan doaku. Aku tak pernah sendiri. 

Dan perkara yang telah hilang itu, seolah membawa aku pergi ke jalan yang baru. Jalan yang begitu samar, tapi tetap menenangkan. Seolah jalan yang kosong memenuhi ruang, tapi tetap kakiku disaluti liputan awan yang indah buat aku lebih mudah untuk melangkah.

Dan saat ini, aku tahu. Tuhan tak pernah salah, dan tuhan selalu ada.
Sometime, I feel awkward writing what have been written in my heart in malay. And it turned into Indo-slang essay T_T
I wish, if I can write long enough, I want to write a book, and I'll name it, "Saat Aku Mengenal Tuhan
Supaya saat begitu ramai yang 'hilang', masih temukan jalan yang baru. Masih mahu percaya, Masih mahu melangkah.
.