Kota Mekah
dan Madinah
Kota yang
tak pernah puas untuk aku pandang, untuk aku tatap. Kota yang istimewa dalam
hatiku. Kalau aku punya harta, boleh aku jual semua semata untuk tinggal di
sini, sanggup untuk aku lakukan.
Walaupun 4
bulan dah pun berlalu dari saat pertama kali kaki melangkah naik ke pesawat Saudi
Airline 29 March 2017, terasa hati tak pernah hilang rindunya. Terasa setiap
kali aku pandang gambar/video kota mekah dan madinah, seolah aku pandang orang
yang paling aku cinta. Aku terasa homey disitu. Berjalan sendiri, bermonolog
dan berbicara dengan Allah swt.
Di mekah,
sungguh aku jadi seorang yang sangat berbeza. Kalau di Malaysia apa pun mesti
akan fikirkan diri sendiri. Tapi kat mekah/madinah lain. diri sendiri akan
letak tempat paling belakang. Mesti nak fikirkan orang lain dulu. Entah kenapa.
Wallahu A’lam.
Diberi kesempatan
menguruskan mak dan ibu, Masha Allah sepatutnya penat yang sungguh tak terkata.
Tapi sepanjang di Mekah dan Madinah, seolah Allah swt beri kekuatan yang
menakjubkan! Seolah penat dan lelah tak wujud langsung! (Kecuali pada hari
pertama di Mekah when I got migraine at night) walaupun mak dan ibu bukanlah
saudara/jiran. Aku kenal mereka sepanjang aku menunaikan ibadat umrah. I even didn’t
sleep for 2 days sampai takut nak tidur sebab takut badan jadi makin letih. Tapi,
nikmatNya, memang kudrat Allah bagi subhanallah, terharu lagi.
Bagi
perempuan seumuran aku, untuk pergi sendiri tanpa mahram/keluarga terdekat
seperti bapa/suami Ustaz kata agak susah dan mustahil. Tapi, entah kenapa, aku
diizinkanNya, pergi bermahramkan pakcik belah ibu. Kiranya aku disitu tanpa ibu
bapa. Berjalan most of the time, sendiri. Sampai ada pakcik yang marah bila
tahu aku selalu keluar sendiri. Urusan sepanjang perjalanan dipermudah yang
tersangat mudah. Flight dapat awal dari tarikh sepatutnya dan straight ke
Jeddah. Biasanya akan delay/transit di Doha, tapi buat perjalanan aku, tidak.
Dan itu
adalah satu rahmat dari rahmat yang lainnya Masha Allah. Berada di kota Mekah,
bertemankan kudrat yang Masha Allah entah dari mana (Ibu dan mak tak ingat
jalan pergi dan balik dan cepat penat. Jadi everytime keluar, akan bawa ibu dan
mak untuk buat umrah, dan hantar dan kembali semula ke Masjid sebab nak bawa
mereka kehulu hilir masjid, ibu dan mak cepat letih, aku pula kejap nak buat
tawaf, kejap nak jalan, kejap nak tawaf masjidil haram. Tak tetap pendirian
hahaha) kadang-kadang badan dan kaki sampai terasa numb. Terasa jalan bukan
menggunakan kudrat sendiri, sebab untuk kudrat aku, sejujurnya aku tak mampu. Sebab
aku akan peluk ibu dan mak dikiri dan kanan, berjalan dan jarak perjalanan hotel
ke masjid dalam 300 m tak termasuk tawaf sesat nak cari pintu Ajyad – pintu paling
dekat ke hotel. Jadi kudrat yang Allah beri tu, memang dengan izin dan
kebesaranNya.
Dari situ
aku belajar banyak perkara. Sebab aku antara yang paling muda, tidak terikat
dengan family, jadi aku bebas sembang dengan pakcik dan makcik jemaah umrah.
Bermacam cerita yang aku belajar, sampai orang ingat aku mutawif perempuan! Yang
buat aku nampak, Begitu banyak lagi susah yang orang lain hadapi, dan aku tak
pernah sendiri. Tuhan jemput aku seawal ini, supaya aku jelas, DIA selalu ada
walau kadang aku sendiri rasa mahu mengalah. Aku letih dengan dunia,
sejujurnya.
Mataf dalam pukul 4-5 petang lepas solat asar |
Masih
terbayang sejuk lantai Masjidil Haram, depan kaabah saat pertama kali sujud
selepas tawaf umrah pertama. Terasa disiram air sejuk. Puas aku menangis
disitu, melepaskan beban dan pundak yang tak terlarat untuk aku pegang. Puas
aku teresak, sepanjang tawaf. Sebab nikmat dan rahmat Allah swt semuda ini. Malu
sebab aku bukan siapa-siapa. Iman dan amal aku masih rapuh. Puas aku mengadu
dan berterima kasih, sampai Ibu tanya, kenapa Alia menangis? Aku peluk ibu
tanpa aku dapat cerita sebutir kata pun. Tapi aku tahu, dari setiap titis air
mata, Allah faham. Allah faham cerita
aku, suara hati aku.
Selesai
bertahalul umrah pertama, terasa seolah hidup dah sempurna. Walaupun Cuma umrah
pertama, dan bukan haji. Aku tersenyum puas. Sebab dari mimpi, menjadi impian. Dari
impian menjadi alam rialiti yang sungguh indah tak terperi. Terima kasih
tuhan..
Masih
terbayang jatuhnya kecintaan pada rasulullah saw dan para sahabat serta
isteri-isteri nya, saat naik/turun Jabal Nur. Terasa begini payah sebenarnya
untuk mejadikan Islam, Islam yang sekarang. Begitu payahnya hidup dan mati
dengan asbab untuk umat yang kini menerima dan mengamalkan Islam. Begitu lelahnya
langkah demi langkah,kesedihan demi kesedihan sebab islam masih begitu rapuh,
saat baginda meninggalkan dunia, begitu sayang baginda pada Umatnya, saat
baginda sakit sakaratul maut, permintaan baginda adalah kebaikan-kebaikan untuk
umat-umatNya.
Masih
terbayang hiba saat ustaz menceritakan kisah-kisah sahabat nabi, kisah
masyitah, kisah bilal bin rabah, yang begitu sayu dengan suasana masjidil
haram, seolah kami berada di suasana dulu, zaman islam masih hijau.
Masih
terbayang saat tawaf, ustaz menangis menyebut rabbana atina fiddunya hasanah,
wa fil akhirati hasanah wakina azzabannar saat langkah dari rukun Yamani ke
hajarul aswad. Meminta kebaikan-kebaikan yang datang didunia dan diakhirat
kelak.
Masih
terbayang juga saat malam pertama cuba untuk cium hajarul aswad berteman pakcik
dan makcik, hampir terpatah leher iols sebab kena tolak leher (masa tu
terfikir, kalau terkehel ni mati kat situ jugak huhu). Dan malam terakhir di
mekah, malam sebelum tu demam panas, mandi dengan air zam-zam berserta bunga
mawar dari taif, sebelum tidur niat, esok nak cium hajarul aswad asbab nak
menunaikan perkara sunat yang rasulullah saw lakukan (cium hajarul aswad kena
pastikan iktikad supaya tauhid masih terjaga – bukan asbab batu tu akan
hapuskan dosa je)
Esok sebelum
subuh buat tawaf sunat, lepas tu dengan izinNya dan surah
al-ikhlas/al-insyrh/al fatihah, lalu bahagian perempuan, ditolak ke bahagian
lelaki, (I’m not so big so I’ve been under their shoulder) dan akhirnya dapat
mencium hajarul aswad. Masa tu terpinga, eh aku dah ada kat sini, dengan
bantuan dan iringan Allah swt sebab memang pagi tu turun sorang, tawaf sorang
dan tekad & aurat minta Allah swt yang jaga. Sebab ada yang tolak menolak
sampai terbuka telekung. I’m so afraid if that thing happens to me. But
Alhamdulillah, Allah swt jaga.
Dan
Alhamdulillah, I said to Allah swt that I really want to go to Taif. Tapi masa
tu (hingga di mekah) aku tak tahu itinerary sepanjang perjalanan. Sebab baca
buku-buku tentang mekah/madinah dan umrah, selalu terbayang bagaimana bumi
panas arab Saudi boleh ada kawasan sejuk macam Ta’if. Tapi, tahu…yang jarang
ada agensi yang buat perjalanan ke Ta’if melainkan ada permintaan. Tapi, lepas
beberapa hari di Mekah, ustaz umumkan ada perjalanan ke Ta’if. Dan masa tu……..terharu
lagi dengan Allah swt.
Seluruh
pelusuk kota mekah yang dapat aku pandang seolah kota yang indah. Walaupun yang
dipandang Cuma padang pasir yang kering, bangunan-bangunan coklat dan putih,
masyarakat yang berbaju hitam dan putih, debu-debu yang berterbangan, tapi
seolah semuanya sempurna. Semuanya cukup.
Mekah memang
tak macam kota-kota lain. lengkap dan sempurna dengan teknologi dan kemudahan. Tapi
mekah sempurna dengan cara dan gaya yang tersendiri. Yang tak pernah dapat aku
singkap dan sebut dengan perkataan. Mungkin perkataan yang paling layak adalah
RAHMAT. Rahmat Allah swt yang buat mekah sempurna. Rahmat dan kemurahan Allah
swt yang buat mekah indah dan sempurna. Sekurangnya dimata aku.
Madinah
sebenarnya lebih moden dan membangun. Lebih berwarna-warni dan lebih subur.
Kalau di mekah aku belajar tentang sempurna dalam kurang, di madinah aku
belajar kasih sayang yang melimpah ruah walaupun sendiri.
Banyak
cerita yang aku pandang yang buat aku rasa seolah aku mahu tinggalkan jiwa dan
hatiku disitu. Dibumi haramain yang Allah rahmati.
Aku yang
awalnya begitu takut dengan pernikahan, belajar begitu banyak perkara tentang
hubungan dan keperluan berdua - di bumi haramain. Aku belajar tentang rahmat
sebuah hubungan yang dimulakan juga dengan rahmat dan redha DIA.
Aku yang
awalnya terlalu taksub dengan kesakitan hidup, terlalu selalu mengalah dengan
hidup, belajar untuk terima dan terbuka menerima takdir, sembunyikan lelah dan
tersenyum lagi dan lagi.
Aku yang
awalnya patah harapan, mulai berimpian dan mengait impian baru. Kalau impian
aku yang dulu Cuma untuk gah dimata manusia, (memalukan kan?) impian aku yang
sekarang, aku iringkan dengan impian untuk dapatkan redha dan rahmatNya. Tanpa aku
peduli, mata hati manusia mana yang akan mengagumi. Mata hati manusia mana yang
akan meremehkan dan melukai.
Mungkin aku
jauh dari dikatakan perempuan solehah yang sempurna. Aku cuba, Aku belajar, aku
selami. Cuma mungkin aku perlu waktu. Perlahan-lahan, mungkin sebab hati selalu
berdegil dan bergaduh dengan neuron dalam otak tsk tsk.
Kalau nak
cerita tentang kota Mekah dan Madinah, takkan pernah puas dan habis. Banyak
cerita yang aku rasa semuanya manis-manis yang kadang tak tercerita sampai
terharu dengan Allah swt sangat-sangat. Dan lagi, Sebab aku akan jadi trillion
times excited when talking about haramain. Entah kenapa, kecintaan aku tumpah
disitu. Moga Allah jemput aku bersama suami lepas ni. (Hekhek dah tau nak
panggil S tu. Kalau dulu diri kot bulu roma iols)
Moga Allah
kurniakan si dia yang akan memimpin hidup dan langkah aku ke bumiNya. Sentiasa tunduk
dalam langkahnya, sentiasa tawadduk dalam mencari redhaNya. Kalau boleh yang
boleh berbahasa arab hehehehehe sebab bolehlah dia jadi translator tak berbayar
iols kehkeh. I really want to learn Arabic, but until now, I’m still stuck –
kenapa satu ayat ada sampai 3 ke 4 maksud yang sama, kenapa bahasa lelaki dan
perempuan berbeza and such, being me, lotsss of questions popped out in my
brain sampai serabut sobs. ME AND SERABUT IS ALWAYS COMPLIMENT TO EACH OTHER
tsk tsk.
Buat yang
teringin ke Mekah, menunaikan Umrah/Haji, SYABAS dah ada niat ke sana. Tapi
mungkin terfikir, macam mana nak pergi, duit tak ada, mahram tak ada, itu dan
ini tak cukup, percayalah. DOA. Sebab tak ada yang mustahil bagi Allah swt. Minta
dan merayulah pada DIA. Aku buktinya, aku tak punya duit banyak bila berimpian
ke mekah, aku mula dari amount KOSONG dalam account bank! aku tak punya mahram
yang kuat seperti suami atau ayah atau pakcik belah ayah untuk ke mekah (sampai
ada ketika tu jalan terakhir adalah kahwin) sebab aku nak sangat pergi mekah. Sebab
aku nak sangat rasa tenang yang indah. Minta saja pada dia, kalau boleh sertakan
bila nak pergi, Allah swt akan tunjukkan jalanNya In Sha Allah. DIA lebih tahu
setiap yang disertakan dalam hati dan doa doa kita. Allah listens to all your
spoken and unspoken prayers, and grants the ones which are the best for you.
Moga-moga,
hati dan jiwaku yang aku tinggalkan dibumi Haramain sentiasa memanggilku untuk
selalu-selalu kembali ke bumi yang paling indah, paling aman, paling tenang
buatku. Amiin!