04 June 2016

My XXS journey

DON'T when you want to lose your weight // JANGAN bila u nak buang lelemaks

Basically, this what I did for this past 4-5 years in order to lose my weight from 65-67kgs to 50-52kgs (Berat lepas makan dan sebelum makan. Nipu tak makan naik 2 kgs? Haa la aku kalau dah telan makanan selalu lupa diri Hhehek) . Aku dulu seorang yang overweight, lelagi bila ada orang bagi kasih sayang lelebih hantar makan pukul 9 malam (My foster father. Jangan dok fikir bebenda lain ek, hehe) . Tapi aku bernasib baik sebab tersedar awal, sebab kengkawan & mak sendiri dok komplain kenape aku suka tido. Sesikit tido, dah la lepas makan! Rasa macam nikmat tido tu tak dapat dibendung lagi lah. Nikmat rasa macam sampai ke syurga. Gitu sangat uols ;p

Agak slow sebab sampai 4-5 tahun nak turunkan berat kan =) tapi, orang kate biar lambat asal selamat! Lambat turun, means lambat jugak nak naik. Sebab metabolism kita dah sebati dengan food intake dan gaya hidup kita. Sekarang, makan sikit pun rasa senang kenyang dan tak la selalu sangat nak craving junk food. Kalau tidak memangggg la sesikit selak almari nak cari coklat/biskut oreo hmmmpphhh



Well Iols memang peminat tegar first lady, sebab takyah iron, baju cuci 88 kali pun direct pakai jek. Haruslah jimat waktu dan tenaga ye. Tenaga boleh pakai buat perah otak =)

Aku adalah seorang pemakan. Makan lelagi kalau sensorang memang lupa nak berhenti. Cuma kalau dah sibuk je selalu lupa nak makan Hihi. Lagi satu, sorry aku bukan penggemar diet atkin/diet ikut darah. Sebab mungkin tak sesuai dengan jadual aku yang padat, untuk makan makanan yang tak cukup zat macam tuww. Aku perlukan karbo. Kalau takde karbo walaupun sehari akan rasa macam nak pengsan dan level stress akan sampai full tank! So nak taknak I need karbo-load in my diet hihi. Kalau karbo biasanya aku amik Soon/Makaroni. Nasi dalam seminggu sekali (Like cheat day) or sebulan sekali - Sebab kengkonon nak jadi omputih, tak berapa suka makan nasi. Hihi So, the way I control my health lifestyle liddis >>>

1. Instant

Dulu aku pernah la nak turunkan berat. Tapi pelik naw kenapa tak turun-turun jenuh dok diet tak makan bebenda berlemak. Tapi nescafe 3in1 sampai 3 paket sehari. Memanglah! Well try stop amik makanan instant. Maggi, Minuman 3in1, McD, KFC dan sewaktu dengannya. Sebab? Simple. Badan kita memang dilatih dan diciptakan untuk digest bebenda yang raw. Raw food. Jadi, makanan yang bukan raw ni, badan kita akan lambat sikit bertindak. Jadi, berhenti lah amik makanan instant. Tak percaya? Buat selama seminggu. Now, I've stop taking 3in1 coffee =) dan semestinya bukan secara direct. Take it slow. Memula aku kurangkan sehari 2 kali nesc. Lepas tu seminggu 2 kali and so on. Macam tu jugak dengan maggi/KFC. Dalam 2 minggu sekali pun dah okay sebab nak lepas gian kan. Tak boleh mengejut eh, nanti badan akan shock dia shut down terus. Hihi. 

2. Makan malam

Makan malam biasanya sebelum 9 malam. Dalam pukul 7-8 tu dah boleh start makan. Tapi biasanya aku akan makan lunch banyaaak, malam makan macam tea time je. No heavy food. Biasanya lunch pun dalam pukul 1-2. Paling tak pun tea time. Biasanya kalau weekdays tak sempat lastly aku akan makan dalam pukul 7 jugak. Sehari sekali makan berat. (Kalau tak tahan jangan tiru, takut pengsan huhu) sebab aku dah agak terbiasa, kengkadang even dah masak pun terpaksa tinggal 'Heat' sebab biasa weekdays ada lab. Jadi agak rushing. Selalunya weekdays, puasa je sebab tahu tak sempat nak makan. Hihi Hari pack sedunia selalu hari selasa dan khamis la. Well, life as a student, kena pepandai la ;p Memula letih, tapi badan dah terbiasa ok je lelama. Tapi memang akan ada satu waktu dari sepanjang hari, yang kena makan berat macam makaroni goreng/Soon or mee suah soup. (Ni menu harian la. Sup sebab senang, campak-campak je dah jadi. Hihi) 

Plus, aku suka chillies & rempah ratus sebab bila makan akan berpeluh sekali =) makan cili kena minum air banyak ye. Sebab aku kengkadang lupa minum air, pernah dehydrated sampai bleeding time buang air. Sebab rectum luka. Nasib baikkk sebab ingatkan buasir. Nevessss je jumpa dr. Sekali rupanya dehydrated.


3.Breakfast like a queen ;')

Time breakfast la besssttt sebab boleh makan apa je! Hehehe sebab kehidupan harian aku agak pack, jadi masa breakfast boleh makan biskut/cereal/air choc bebanyakk hihi. Since I've stop drink nescafe, I change it with Dutch Lady Choc. Errrr terpikat sebab dia ada DHA. Haahahaa kanak-kanak sangatttt

4.Sayur-sayuran

Sejak study ni kengkonon nak kuatkan ingatan, telan la memacam sayur. Biasanya tomato/broccoli/carrot/cendawan/Kobis la sebab tahan lama nak simpan pun. Kalau tomato/broccoli biasa masuk paling last sekali sebab nak pastikan masih raw dan nutrient tak layu. Selayu makanan ku hoho! Nak masih rasa rangup dan fresh!

5.Plain water

Air masak memanggg kena banyak. Sebab dah kurangkan food intake, sugar intake, air manis semua, jadi takut dehydrated kena minum air bebanyak. Biasanya ikut sunnah la, yang minum pagi sebelum subuh, sebelum tidur, dan 8 gelas sehari tu. Sebab yang both bangun pagi/sebelum tidur tu nak treat sistem badan. Macam kereta....kena ada pelincir kan? Haa macam tu la.
6. Green tea

Well bagi yang memula minum memang rasa pahit. Tapi lelama minum, lidah akan terbiasa. Ok jeee kengkadang aku telan 1L green tea je hihi. Sebab rasa fresh lepas tu. Pluss cafein yang ada dalam green tea boleh trigger untuk kuatkan ingatan. As a biologist that alwayysss need her brain to be functioned well, I need to consider everything that can 'protect' my memory (Even kengkadang tarikh pon lupa, janji memori nota-nota tu tak lupew heheek)
7. Walk

Haaa disebabkan aku ni kalau nak jogging waktu weekend atau nak beriadah pepetang memang dah tak larattt jadi, aku akan banyakkan jalan. Biasanya kalau waktu solat, orang solat kat surau, aku gigih nak balik bilik sebab nak jalan. Jalan lelaju, sebab time tu je la nak exercise pun. Kalau waktu weekend memang tak larat dahh nak rehat je. Dok bertapa dalam bilik siapkan esaimenn yang berlambakk
Ok done! yes mungkin lifestyle aku tak la berapa nak sihat, aku alter sesikit based on waktu senggang yang ada. Yang baik tu kalau nak ikut, ikutlah. Kalau yang tak sihat sangat macam makan dah lewat petang tu, jangan la hehe. Aku kalau bz sikit memang selalu lupa diri. Sesedar dah migraine, sesedar dah dehydrated. But the main topic is based on what I've read in lots of review. Cuma cara je aku alter ikut jadual kehidupan aku sendiri. Kena pepandai la ehh 

Lusa dah puasa pun...Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak! Dan 2 minggu kedepan sebelum final, pon masih busy. Wish me luck! xoxo 
.