16 May 2016

Selamat hari guru, kehidupanku.



Selamat hari guru kehidupanku.


Aku anak perempuan biasa. Ada ibu, ada ayah, ada keluarga. Back in 2000 I was the only daughter for my parents. Aku seorang, I’ve been pampered so much, showered with lots of love, dan masa tu, aku rasa aku punya semua, kecuali adik beradik lain. Yes, I’ve been jealous so much with my friends that bring their brother or sister to play along with us. But overall, I am happy. 

Sampai 2002 dan 2004, aku dapat dua orang adik & masa tu aku rasa hidup dah sempurna sesangat dah. Aku dah ada yang orang kata keluarga. And my family is just so lovely. I am showered with happiness, when I see my brother and sister crying, play along with them, prepare everything for my family, kakak kan ;) Kalau gosok baju, mesti nak gosok baju mak, ayah, adik-adik untuk 7 hari seminggu. Kalau nak pergi bercuti, mesti nak ada cukup 5 orang punya berus gigi, ubat gigi, baju, seluar. Even people said, I am the bibik that prepare everything for my family, since both of my parents busy with their work, I don’t care. Sebab aku rasa aku ada semua. 

I am a student that seems have bright shine great way ahead, I ace in my exams, I’ve been teacher’s favorite student back then. I got number 1 in my exams even though I always sleep during the class session. *Tampaq diri sendiri* aku jugak join memacam benda, science exhibition, quran tilawah, literary exhibition, poem, syarahan, sports, like almost everything (except art and draw. Sebab aku memang fail sejak azali melukis-melukis ni hehe) well, seems like I got everything already. 

Tapi, tak semua sebenarnya aku ada. Aku ada perkara-perkara yang manusia nampak, dunia nampak, tapi aku  takda perkara penting dalam dunia. Allah. Yes, my family and I, we did our solat, quran session, tapi aku sedar yang aku buat je semua tu. Aku tak letak dalam hati pun.Aku tak kenal pun Allah sebenarnya. Mungkin tu yang orang kata istidraj? Cliché tapi itu lah kehidupan aku masa awal  tahun 2000.  Berjaya dalam hidup, ada keluarga sempurna, we laugh together, but for me, I don’t know Allah. I am far from HIM, I ace in my exams, but I never think. Like, Allah gives me knowledge, but I don’t have HIS guidance. 

Sampailah, umur aku 17 tahun. Aku tahu satu perkara. He’s cheating. Grow up as someone that love to watch drama so much, aku nampak dia lain pada mulanya. And I tried to get to know everything. Tapi bila aku dah tahu aku nak buat apa? Aku bertanya. Anak yang sedang membesar, selalu nak kan kepastian dalam hidup kan? Mereka tak tahu, dan mereka mencari sampai mereka tahu.. Itu aku. Bila tahu, dan aku tak mampu buat apa pun, aku jadi murung, aku jadi diam, dan masa tu aku tak berapa nak sedar, tuhan dah mula ambil satu-satu, hidup baru bermula rupanya. That is another a very long story and another chapter of my life that I don’t have enough strength to tell. Masa tu, tuhan ambil zaman kegemilangan aku, tuhan ambil kawan-kawan aku, tuhan ambil keluarga aku, dan tuhan ambil dia lelaki paling penting dari hidup aku, pergi dari kehidupan aku. 

I am sick during my SPM year, during that time, I don’t have any interesting story to tell, Im being forgotten by so many peoples and I became an introvert person. Time flies, I don’t have anything. I don’t have home, we even need to fight for our house (and still fight for it at the court, pray for my mama so that this 5 years case won’t take some more time)  I lose my family, I lose my father, I lose my dreams, I don’t excel in my exams, and people look down on me. Betullah, masa kita takda apa-apa, satu persatu manusia hilang. Dan masa tu la Allah buka mata kita luas-luas.

I remember those time, during my last day SPM examination, aku masuk dewan, dan kertas Biologi masa tu, paper terakhir, so many tears drops on that paper. I just hope, kertas tu tak koyak bila jumpa examiner. And after that, I go back home, and there’s no one. Suramnya rumah masa tu, kosong. And it is the last day; I have ‘home’ in our house. 

I lose everything, I lose Allah, I hate myself, and my confidence level fall into ground state. 

But after that, I meet Ayah. (my foster father)

So many things happened, while people look down on me, ayah is there, asking me whether I am ok, ask my favorite food, treat me like his own daughter, bring my mama’s food every weekend. During that time, Allah s.w.t still doesn’t give me HIS guidance (Aku yang tak nampak. Huhu) I learn to get to know Allah s.w.t from him. I don’t know the reason, I just did. 

Aku selalu fikir, lepas semua kejadian ni, semua orang pergi. Ayah taknak pergi jugak  ke? ayah tak malu ke, terus ada di sisi manusia yang takde apa-apa ni? Belajar pun entah apa-apa. Keluarga sendiri pandang rendah. Tapi, ayah tak pernah pergi. Masa tu, aku ada ayah dan mama (my own mother) and everything they already did, I will never forget. They are my precious gift, while I was nothing.
Sampai habis matrikulasi, dan hari terakhir aku jumpa ayah, aku sedih. Sebab, lepas ni aku tak boleh nak belajar dari dia lagi, ayah suka bercerita, aku belajar, dari cerita-cerita dia. Semua cerita-cerita ayah, serba sikit bawa aku kenal DIA. Dan lepas tu, aku kena struggle dengan hidup, dengan berpegang pada cerita-cerita ayah. I inspire him so much. 

After such a long time, aku berdiam. Aku ambil begitu banyak masa jauh dengan keluarga. Keluarga mama, keluarga ayah aku, keluarga besar. Mungkin aku perlu masa, untuk bina semula kehidupan aku. Mungkin aku perlu masa untuk bina semula hubungan aku dengan DIA, Allah s.w.t. Mungkin aku perlu masa untuk bina balik kepercayaan dalam diri aku. Betul, masa kita susah, kita boleh nampak manusia yang pergi. Kita boleh nilai, siapa yang tinggal, atau siapa yang datang. Waktu kita tiada apa-apa. Waktu kehidupan begitu menyesakkan. Waktu rasa, aku tak mahu hidup lagi.

Aku mungkin hilang begitu banyak benda, tapi sekarang kehidupan betul-betul mengajar aku untuk menilai, kedudukan aku. Bukan saja di mata manusia, tapi di penglihatan Allah s.w.t. belajar kenal DIA, dan bila aku dah hilang lelaki itu, tempat yang sepatutnya aku bergantung hidup, manusia yang patutnya risau how my life or what kind of condition I need to face, aku kena bergantung pada Allah. Berlindung pada DIA, berharap pada DIA, dan sesungguhnya dia sebaik-baik pelindung.

Kadang-kadang aku iri hati juga, dengan manusia keliling yang ada seorang lelaki bergelar ayah, yang ambil berat, yang risau, yang boleh dijadikan tempat berlindung, yang boleh bertanya, sihat ke tidak, makan ke tidak, buat apa teww? Tapi akhir sekali aku terfikir, aku takda dia, tapi aku ada DIA. Kalau rasa tak selamat, baca lah ayat kursi. Kalau rasa sedih, baca la al-quran, kalau rasa nak dilindungi dan disayangi, baca lah al-waqiah. Kalau rasa nak kasih sayang, baca lah al-fatihah, kalau rasa rindu, solat lah. Kalau rasa tak tenang, baca ar-rahman. Banyak lagi, dan benda-benda macam ni, buat aku belajar. Hidup bukan Cuma untuk sempurna, tapi hidup adalah bila kita mampu untuk terus melangkah, walau kita tak punya apa-apa.


.