15 October 2016

Itu sebuah kehidupan

Entah. Should I tell or not?
Dah begitu lama aku simpan. Bertahun-tahun pergi ibarat mati dari semua. Aku berhenti berharap dan melangkah pergi. Aku simpan sendiri.

Begitu tega, membuat kami hampir mati. Tak tergapai akal bilamana aku sendiri bertarung nyawa. Begitu perih, sampai tak tergali luka yg lama tu.

Sampai kini, aku masih berlari. Lari dari dunia rialiti, membina hidup baru yg aku sendiri tak tahu ujungnya apa. Berhati-hati dengan siapa pun. Bilanglah aku penakut. Takut dengan bayang masa lalu.

Tapi cuma aku yg tahu rasanya perih, rasanya bertarung nyawa yg buat aku hampir mengalah pada hidup. Mereka mahu bahagia kami. Ambillah, aku tak mahu. Aku rela lepaskan semua.

Tapi nyata mereka tak pernah puas, dan mereka masih mencari. Sampai kadang aku sendiri terfikir, tak lelahkah mereka membenci? Sedang kami tak pernah membalas. Memang begitukah resam hidup mereka? Begitu cemburu.

Kalau saja mereka tahu rasanya hampir kehilangan nafas. Kalaulah mereka tahu begitu aku lelah untuk selalu berhati-hati. Kalau saja mereka tahu, rasa saat terfikir waktu yg diberi tuhan hampir berakhir.

Kadang aku berharap, tuhan lupakan aku dengan masa lalu. Masa lalu dimana aku bertarung nyawa, masa lalu dimana aku tak mampu mengangkat tubuh, masa bilamana hidup terlalu perih, my friends read yaasin for me so that Allah ease my burdens when it's hard for me even to take a single breath. Masa bilamana aku biarkan semuanya pergi, aku sendiri tak mahu bahagia, kalau itu begitu menyakitkan.

Teganya hati yg membenci itu.

Tak henti masa lalu aku hampir hilang diri sendiri terputar setiap kali mata ini terpejam. Terasa 6 tahun tak begitu lama untuk padam semuanya.

Bilamana aku cuba mahu keluar dari diam, aku sudah punya bahagia sendiri, kami sudah mampu ketawa tanpa menggali masa lalu, mereka mencari lagi. Tanpa lelah cuba memadam setiap senyuman kami.

Aku selalu tertanya-tanya. Sudah terpadamkah kemanusiaan di hati mereka? Sudah hitamkah hati mereka dengan cemburu? Tak jemukah mereka secara halus cuba membunuh kami? Tidak takutkah mereka pada tuhan? Tak lelahkah mereka mengambil tahu hidup kami?

Kami tak punya apa, aku tak punya apa. Cuma punya belas kasihan tuhan. Aku terus melangkah dengan ihsan tuhan. Sedang aku masih lagi tak tahu ke mana langkah ini pergi nanti. Aku redha, andai tidak punya bahagia. Bilamana, bahagia tu menyiram api benci pada manusia lain. 

Aku tetap percaya, doa yg teraniaya itu tak pernah terlepas dari pandanganNya. Malah itu cukup membuat aku merasa syukur. Sebab aku boleh minta apa saja. Dan Dia selalu mendengar. Itu definisi bahagia aku. Aku tak perlu begitu banyak perkara, bilamana aku belajar perihnya hidup andai aku punya definisi bahagia yg sama seperti manusia biasa yg lain.

Harta aku kini, cuma doa. Tapi aku merasa cukup.

Aku selalu lelah untuk hidup. Tapi, bila setiap hari aku bangun untuk terus berjuang, aku percaya, tuhan tak pernah salah memberi. Oleh itu, aku tersenyum lagi. 😇

30 August 2016

How I create my happiness

Happiness.

There are so many ways to create happiness that make us satisfied with ourselves. Ada yang bila dia nak bahagia, dia cari someone yg boleh beri dia bahagia. Ada juga bahagia bila dia dapat apa yang dia nak. Ada bahagia bila bersama dengan orang yang tersayang. 😍

As for me, I create my happiness by make other people happy. When they're happy with me, when I can make them smile, when I can give them something that can make them happy..then I will be the happiest person on earth! 😇 Entah. Hilang apak bila dia kata dia nak cari bahagia dia sendiri buat aku sedar. Memiliki itu bukan bahagia. Bahagia sebenar bila memberi. 😊 sebab itu aku pergi bila apak kata mahu cari bahagia. Aku bukakan pintu itu untuk dia.

That's how I define happiness. 👸

Maybe because the meaning of my name, ketinggian kebahagiaan. Allah s.w.t hadirkan aku untuk memberi seberapa banyak bahagia pada manusia sekeliling. Kalaupun terluka, aku harus tetap memberi. Sebab aku percaya tuhan akan kira setiap pemberian itu disisiNya. Well I'm not really a generous person. 🙊 Still a beginner and so many things to learn.

And this. To give something you owned to other people is not easy. Ada yang kata kalau roh tidak lagi di jasad, kesian pada jasad kita yang tak sempurna. Kesian pada jasad yg merasa sakit. But I really want to do this. Jujur, aku takut kalau-kalau jasad merasa sakit. Tapi aku mahu andai aku tiada, aku tetap boleh beri bahagia. To donate my blood, I afraid I can't  (never try. See? I'm not really a generous person 😔) so maybe I can try this even I don't know how long I can live. How many times left.

But I wish someday when I can share a little of 'me' with other people, I can create other happiness in their brand new life 💖

29 July 2016

Such a long friday

Yesterday I went to Seremban to register for my Umrah and pay for the fees. Alhamdulillah I got mahram and no need to get married!! (See how excited I am?! wakaka) I got migraine since wednesday, but gagahkan jugak drive JB-Seremban.

Lepas tu gigih jugak beraya makan memacam. Idk whether my stomach or my body, they can't accept what I ate yesterday. Maybe sebab dah lama tak makan banyak, malam nak drive semula tu, segala macam makanan dari pagi ke petang tu semua keluaq. And I end up melepek tidoq sepanjang jalan. 

I met tok Uncle yesterday, and he's asking me to think again about pursuing my Master since nowadays the employer tend to choose low qualification worker due to reduce the fees for their company. and the master/phd usually is for naik pangkat je. Except if I want to work in academic lane. But as for me....I can't teach. I really can't because at the end I even can't understand my own theory LOL. Hm I've stop planning since years. Since I can't get into medicine lane because of my family problem. Plus at that time no one can take care of mama and adik-adik except me. Only Allah know how I can't stop crying & How I hope Apak is there with me dan buat aku sakit 2 kali ganda sebab apak broke his promises to take care of us & to always stay with me. Since that, I've stop doing my annual planning. I just follow and put my 100%  trust with Allah's plan. I feel more happy with that and I realized that life is what I do for the hereafter. How afraid I am to take another step, I just need to trust HIM. As long as my heart is with HIM, I am safe. 



27 July 2016

Si pemimpi


Tak mudah untuk aku jadikan mimpi ini rialiti, bila mimpi lalu aku musnah sekelip mata. Ya. Aku pernah bermimpi dan berdoa untuk suatu perkara yang aku rasa baik untuk aku, tapi dalam sekejapan cuma, Allah ambil mimpi itu. Allah tutup semua jalan untuk aku mengejar mimpi itu. Membuat aku jatuh ke ruang yang dalam, membuat hati hancur lebur dan mematikan segenap harapan.

Selepas bertahun, aku kembali mengait mimpi yang lain. Tapi, aku selalu letakkan supaya DIA yang menjaga mimpi aku kali ini. Aku jadi lebih berhati-hati dalam mengorak langkah untuk mengejar mimpi kali ini. Macam puzzle, boleh tarik semula kalau puzzle tu salah, dan berfikir panjang untuk memilih puzzle yang betul dan mewujudkan gambar yang indah.

Dan hampir separuh dari permulaan langkah 3 tahun lepas. Tuhan malah memberi aku "hint" untuk beberapa langkah lagi. Malah begitu banyak hadiah yang dia beri. mungkin dia tahu, aku tak sekuat mana. Mungkin DIA tahu aku begitu takut untuk memulakan langkah. Setiap saat, setiap detik, aku takut. Aku takut kalau aku gambar yang hampir siap ini, dipijak lagi dan musnah begitu saja.

Alhamdulillah, terima kasih kerna ajar aku cara baru untuk bermimpi dalam dunia rialiti. Terima kasih sebab tak pernah biarkan aku sendiri. Terima kasih kerana mendengar setiap kata hati aku. Terima kasih kerana tak melepaskan aku saat hati ini hampir mati.

Tak mudah, tahu? menghidupkan kembali hati yang mati.

Dulu aku fikir aku sendiri. Aku tak seperti gadis-gadis lain. Aku sendiri, aku lah pejuang keluarga, akulah penyelamat, akulah ibu, akulah ayah. Tapi, DIA selalu saja ingatkan aku, aku tak pernah sendiri. Walau satu saat pun.


.