27 July 2016

Si pemimpi


Tak mudah untuk aku jadikan mimpi ini rialiti, bila mimpi lalu aku musnah sekelip mata. Ya. Aku pernah bermimpi dan berdoa untuk suatu perkara yang aku rasa baik untuk aku, tapi dalam sekejapan cuma, Allah ambil mimpi itu. Allah tutup semua jalan untuk aku mengejar mimpi itu. Membuat aku jatuh ke ruang yang dalam, membuat hati hancur lebur dan mematikan segenap harapan.

Selepas bertahun, aku kembali mengait mimpi yang lain. Tapi, aku selalu letakkan supaya DIA yang menjaga mimpi aku kali ini. Aku jadi lebih berhati-hati dalam mengorak langkah untuk mengejar mimpi kali ini. Macam puzzle, boleh tarik semula kalau puzzle tu salah, dan berfikir panjang untuk memilih puzzle yang betul dan mewujudkan gambar yang indah.

Dan hampir separuh dari permulaan langkah 3 tahun lepas. Tuhan malah memberi aku "hint" untuk beberapa langkah lagi. Malah begitu banyak hadiah yang dia beri. mungkin dia tahu, aku tak sekuat mana. Mungkin DIA tahu aku begitu takut untuk memulakan langkah. Setiap saat, setiap detik, aku takut. Aku takut kalau aku gambar yang hampir siap ini, dipijak lagi dan musnah begitu saja.

Alhamdulillah, terima kasih kerna ajar aku cara baru untuk bermimpi dalam dunia rialiti. Terima kasih sebab tak pernah biarkan aku sendiri. Terima kasih kerana mendengar setiap kata hati aku. Terima kasih kerana tak melepaskan aku saat hati ini hampir mati.

Tak mudah, tahu? menghidupkan kembali hati yang mati.

Dulu aku fikir aku sendiri. Aku tak seperti gadis-gadis lain. Aku sendiri, aku lah pejuang keluarga, akulah penyelamat, akulah ibu, akulah ayah. Tapi, DIA selalu saja ingatkan aku, aku tak pernah sendiri. Walau satu saat pun.


.