Assalamualaikum!
Pelik rasa nak buat post lagi pasai lama dah tak blogging. But since I want to save some of my memories here, lelagi memori nikah covid nanti anak cucu tanya kenapa mummy takde majlis kawin? Mummy boleh ingat pasaipa takdak majlis π Pasai mummy nikah time perang! Sebab mummy ni pelupa jadi kena lah tulis sebagai memori kat sini π₯°
18/5/2020
Cubaan pertama hantar borang. Ada a few tak lengkap. Surat mastautin dan surat declare kita single tak lengkap. Okeh kita proceed esok.
19/5/2020
Pagi lelaju drive ke Kulai nak dapatkan surat mastautin dan declare bujang. Settle jam 9 pagi dan lelaju ke Pejabat Kadi Kulai.
Plan utk nikah di JB tapi ramai oi jadi guna alamat lama (since my father stay in Kulai and I still didn’t change my old ic address, so easy for me to nikah kat kulai) Nikah di JB lebih 200 pending list sebab Johor lambat approve nikah haritu kan. Sis dah gelabah ayam pasai nak nikah sebelum puasa sepatutnya tapi tak settle apa pun lagi tuptup dah PKP.
Long story short lepas je sultan bagi perkenan untuk nikah, terus ke Hospital buat HIV test. Bayar RM1, pergi pukul 2 lepas lepas dorang rehat terus masuk pasai tak ramai orang time tu.
Settle HIV test esok terus prepare nak complete semua form dan hantar pej kadi. Husband’s side dari Pasir Gudang so he went to Kadi Johor Bahru to submit all his documents, early morning pergi JB, around 11 am shoot ke Kulai complete all documents (Pej Kadi Kulai tutup jam 2 semasa PKP) sangat mudah urusan kami, document semua sesiap photostat 3 copies (but they only need 2 copies) bak kata KKM overprepared is better than underprepared π
Pej Kadi terus tanya nak nikah bila, then we just mention before raya. They promised us to call us back after they set the date.
20/5/2020
Memula ingat tak dapat nikah sebelum raya, tapi 20/5/2020 jam 11 pagi dapat call boleh nikah jam 2 ptg. Nampak macam rushing tapi alah alang alang nikah je la, I said I agreed then call my fiancΓ© cakap nak tak nikah jam 2. Sebab dah balik JB takut tak lepas balik kampung utk raya takkan nak raya syahdu sorang kan, so pilih untuk nikah je sebelum raya. Jam 2.30 pm 20/5/2020 Alhamdulillah we were united as husband and wife.
Dengan pantas dan mudah.
Biasa orang fikir boleh ke nak kawin, eh nak kawin ke tak masa dah nak kawin kan. Macam complicated kan, tapi kitorang tak sempat fikir sebab terus rush dapat call terus pergi nikah. π
Kos nikah PKP kami cuma,
RM200 tok kadi
RM100 (dua orang saksi yg dah disediakan pej kadi)
RM30 Apply nikah kulai
RM10 Apply surat nikah luar daerah
RM30suami Apply surat bujang
RM150sempat cari baju biru sama dgn kurta suami yg dah promo dari harga RM300+
Sekian kos nikah RM490 je π
Gambar amik sendiri, make up sendiri, baju pakai apa ada, tudung tarik je yg mana ada, Alhamdulillah I’m a happy wife ❤️
Since many people ask me how to get married during PKP π Bear in mind, I apply lepas PKP. Kalau sebelum PKP dah settle tenang2 tinggal tunggu panggilan je. π₯°
Doakan kami dapat zuriat soleh solehah, if you have any doubts on nikah during PKP, can email me at shieera94@gmail.com