04 August 2013

Interview Doktor Perubatan/Medical doctor.

As many people know, another few years (sebelum masuk 2020 pun) kadar doktor perubatan-pesakit 1:400 akan dipenuhi. So, to enter medical school, despite of excel in education, you need to go to interview. This to make sure that you are capable and really interested in medicine. (ecewah, rasa macam terlebih poyo)

Jadi, berbekal pengalaman menghadiri exam dan interview (walaupun aku ni, tak sure lagi nak terima ke tak tawaran ke Andalas tu, sebab tak mau tinggal mama sensorang terlalu lama, walaupun Andalas-Malaysia tak sampai beribu Kilometer pun) aku nak share lah few question that might be asking by the interviewer to enter medical school =)

1. Tell me about yourself

No specific answer. Bagitau la nama/tempat tinggal/college ke. Tapi, make sure juga tak jadi point untuk interviewer asking back buat kita gugup. The most important thing in this interview is be confident with your answer. Kalau rasa salah pun, bantei jugak jawab dengan yakin! 

2. Why you choose medicine?

Because of my fascination in studying Biology/human body system/knowing about relation of your body and life. (Kalau boleh masukkan term yang uolls suka bila belajar Biology. Ni lah masanya nak test power okey)

3. Medicine is long course that need your passion in your studies. Do you think that you're ready to face that kind of life? Why?

Yes. ( Give your answer regarding what you have. Patience/caring/etc)

4. How long actually your course in medic school?

Macam aku kan mohon Indonesia. Biasanya tempoh diorang berbeza ikut negara yang dipilih. According to country that you apply lah. Macam Indonesia biasa 5 tahun 5 bulan tapi kalau campur tolak adalah 6 tahun termasuk clinical. Kalau Mesir biasa 6 tahun (Ni panjang maybe sebab diorang guna result SPM. Maybe). Kena buat research sikit ye.

5. Give some information that you know in medic life.

This regarding your interested in medic. Cakaplah pasal bidang yang minat contoh cardio. Give your reason.

6. Why you choose our country/University/College?

Usually student from Indonesia University, have good qualification in clinical. Kalau Russia lebih pada knowledge. Kalau Mesir pun clinical. Sebab most of medic school nowadays used PBL (Program Based Learning) rasanya, Al-Azhar je yang guna conventional. Dan Russia pun sama. Kalau Indonesia, mereka guna Blok. Setiap semester 1 Blok. Then exam =)

Okay mungkin tersalah bahasa ke, gayabahasa ke, minta maaf ye. Sebab dah lama tak blogging sebab sibuk fikir nak sambung mana =( Masih dilemma. Naaa.. I don't know. Byeeee






21 July 2013

Resepi Kek coklat moist kukus

Aku ni, kadang-kadang bila stress suka nak express kan diri tau. Kononnya nak ekspressikan diri cara dan gaya mu. Dan satu cara nak ekspressi kan diri tu, aku suka buat kek. Biasa balik-balik kek coklat. Tapi, baru nak cuba buat pavlova. Nantilah, lagi sekali stress cari bahan buat pavlova pulak. Hehe

Biasa lah kan zaman IT ni (walaupun tak pandai sangat bab IT) semua nak google. Nak cari kucing hilang pun tinggal google. Kan (Ni pun awak google kitee kann)

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum/ tepung kek
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( serbuk koko jenama van hauten kalau boleh lah)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

Topping

600g coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter (supaya nampak glowing), 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila, letakkan 1 cawan susu cair supaya rasa lemak manis. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek. Sebelum tu kek biarkan suhu bilik suam-suam kuku (bermaksud tak panas dan tak sejuk sangat sebab nak biar coklat tu meresap dalam kek.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus. (Kalau guna tepung kek, senang, tak payah letak baking powder)
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba!


Taraaaa!

Sumber resepi dari : Jintanmanis.com 
Byeeee



10 May 2013

For my juniors Kolej Matrikulasi Johor 2013/2014

*Sementara cuti matric memang berkayun-kayun post saya Ya?*

Tak sangka kita dah jadi Ahkak. Tapi, Ahkak tak boleh jumpa Adik junior. Cuma boleh beri nasihat dari jauh :)

Today I want to give some advice to all students that will further your study in JMC (Nama glamer Kolej Matrikulasi Johor ^.^)


Masa mula-mula masuk Kolej, memang awkward moment. Mungkin nanti akan ada yang tak suka orientation week. MEMANG AKAN ADA YANG TAK SUKA sebab penat gila. Rasa macam pergi camping dan rasa macam kena torture teruk sangat :(

*In case kalau your fasi jenis yang tak fun lah.Tehehee (Tapi, strictly saying that mana ada benda yang senang kan!*

Dekat sini, kita takda sistem classes. Akan ada praktikum yang same meaning with class lah actually. Kita akan diberi Modul. Modul I (For physic and Biology) II (Physic and Computer Science) III (Biology and Computer Science) semua ni akan diberi lepas orientation week. Tapi, boleh je minta tukar kalau tak suka masuk modul tu. Semua urusan tertakluk pada pihak Hal ehwal pelajar ya! [pertukaran within 1st and 2nd week on study week]

KMJ dipanggil juga Kolej Matrikulasi Juara oleh ayahnda. Dari dulu, KMJ memang dalam tempat tercorot dari senarai Kolej matrikulasi. Tapi, untuk batch kami 2012/2013, KMJ di tempat ke3 Dan Insyaa Allah, berkat semua, Impian kami, KMJ akan ada di tempat pertama untuk exam final nanti :)

Ayahnda is our pengarah yang student di sini sangat sayangi. If you get to know him, you'll know how kind he is. how humble he is. He will treat all of you like his own children. And, Dia sangat menjaga Anak-Anak perempuan di KMJ ni.

 During CNY. Ni dewan Kuliah.

Kalau dekat Sekolah Asrama, biasa student ada prep kan. Kat sini dah takda prep *Yay!* Tapi, ikut pada diri masing-masing nak study bila waktu malam tu sebab memang malam dah takda aktiviti except kalau lecturer bak buat kelas ganti atau kelas tambahan. Tapi, biasa sebagai student, tujuan kita kan kat sini untuk study, So use your time wisely (Sebab tak semua student yang study waktu malam. Kalau macam saya, lebih pilih pagi dan tidur awal. Ada roomate yang dia akan tidur pukul 9, dia mula study pukul 12 sampai pukul 3. Ikut cara masing-masing la) Tapi, student perempuan hanya boleh keluar sampai jam 11 Malam, selebihnya pakcik guard akan naik motor dan ronda suruh balik ke blok.

JMC juga terkenal sebagai Kolej indah permai

Ayahnda sangaaaaaat menggalakkan kami untuk study luar dari blok kediaman masa malamnya. Sebab dia kata kalau study kat bilik yang indah permai tu, confirm akan peluk bantal dan akhirnya,... tidur lah jawabnya. (But what he said is totally true. Cuba rasa sendiri, kalau kat bilik memang confirm tidur! tak tau kenapa tehehee) Kiteorang semua mostly muslim akan study kat masjid. Majid adalah sangat sekangkang kera dengan blok kediaman. Ayahnda sendiri yang buatkan meja-meja (dia panggil meja jepun) untuk all student. Biasanya, saya lebih prefer study kat tingkat atas, sebab tak campur dengan lelaki, lagi senang kalau tak proper sangat pun Hehe.


Nak study kat Matrik ni, tak boleh study sorang. Terutama sekali masa study week. Sebab memang takkan dapat catch up [Tapi, memang kalau yang senang kena distract tu better belajar sorang la Hehe] Tapi, mostly student yang perform masa kat matric, kiteorang lebih prefer pergi jumpa lecturer. Biasanya, lecturer akan ada sampai pukul 5. Tapi kalau takde student, diorang dah boleh balik pukul 4.30. Tapi, lecturer di sini sangat berdedikasi, kalau ada student, biasanya kalau saya jumpa, sampai 6.30 baru balik (Madam Putri, Thanks sangat!)

Kat sini sangat senang nak dapat markah Ko-ko. Setiap minggu akan ada macam-macam aktiviti dari macam-macam kelab. Dan kat situ ada pertandingan semua. So, senang je, kalau masuk pertandingan dapat je markah Ko-ko dan sijil :)

Our secret recipe during Masterkitchen ;)

This is our room! Kat sini ahkak ada 3 bilik FT1.1/1.2/1.3 
many awesome moments happen in this room. Missed them already :(

Memanglah orang kata Matrik ni susah lah, Banyak benda nak kena catch up dalam masa yang singkat. Busy memanjang. Tapi, trust me, when this program was ended, you'll cry (biasanya perempuanlah, biasa, emo, padahal boleh je lepas tu jumpa. Tehehee) Tapi, seriously banyak benda awak akan belajar kat matrik ni. And there will be an awesome moment in your life :) 

Till here, Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Johor :)

p/s : Girls, take care of yourself. Matrix are place for you to start your new journey to further your degree. An awesome moment that you'll never forget. If you fall in love with 'mamat matrik' (ada jugak orang kata kolej ni, Kolej Mencari Jodoh *.*) do take care of yourself. Kesian ayahnda. He have lots of things to do already. Love yourself more than that 'mamat matrik' please :)




23 April 2012

PPUM Interview 2012

Assalamualaikum

There's a lot of things to talk about my Interview at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Something yang baru. Sebab, mungkin tak pernah pergi Interview untuk sambung belajar. Hikhikhik


Kan dah kata, ayah takmau hantar. Instead, dia suruh pergi naik bas sendiri.Lepas tu arrange sendiri.Tapi, Ibu kata, takpa, biar dia hantar ke sana.And yeah pagi 22 Februari tiba-tiba dia nak fetch hantar pergi sana. Tapi, saya kata kami pergi pukul 4 petang. Tapi, saya dengan Ibu buat decision nak pergi awal sebenarnya. Keluar rumah pukul 2 Petang, trust me, saya drive dari JB staright to KL dengan Ibu yang sebagai co-pilot yang terjerit-jerit kat sebelah.Well, I kan Iron Lady, remember? *Migrain*

Saya sebenarnya, buat permohonan dengan sangat tidak serious sebab saya rasa nak struggle dekat matrix je sebab masa exam banyak masalah, result buat menangis menjerit, so mungkin tak dapat lah untuk UM kan. Tapi, CikMar kata, buat je. So saya buat apa yang patut bila Bella kata ada permohonan yang buka for only two weeks. Saya apply lah. Tapi, saya ditawarkan untuk Diploma kejururawatan selama tiga tahun, dan kerja lima tahun di UM. Sebenarnya nak Diploma Radiografi. Tapi, dapat nursing.Tapi, still pergi je lah sebab Bella kata tak worth kalau tak pergi. Saya pergi lahhh

Pergi Interview pukul 7 lebih bertolak dari Desa rejang.Saya taktau kat mana, main tidur je kat rumah CikMar . Kuala Lumpur seriously buat kitak pusing, kamek tau? *Dah pandai bahasa Sarawak, ewah.*

Alah, yang baca ni mesti nak tau dia punya soalan je kan, so saya terus bagitau dia punya soalan je lah kan, sebab saya batch pertama untuk Interview ni. So, sempat lagi batch yang lain nak search pasal Interview Diploma Kejururawatan PPUM 2012 lah :')

Masa tunggu dalam lima orang semuanya dalam satu bilik dengan ada 3 baris kerusi *yang lain ada kat luar* Ada akak tu kata, Interview ni tak guna english. Tapi, kalau Interviewer nak kita speaking, janganlah pulak buat tak tau hang pi teghiak bahasa Kedah.

Student sebelum-sebelum saya kata, takda speaking, so, saya dengan hati girang-gembira macam nak pecah  blood vessel mengembang, *ewah, malam sebelum tu baca Success Bio terus keluar blood vessel. K diam lahh* Mula lah kata dalam hati, "Fuhh nasib baik lah, kalau tak, nak je balik Johor terus"

Masa mula-mula masuk sekali, dia suruh duduk dengan relax.Saya bilik satu yang ada ketua-ketua pengarah *kut, tak ingat* UM. Jadi kemungkinan masa Interview adalah sangat panjang sampai pembuluh darah kecut sebab kesejukan.

Mula-mula lagi, dia suruh beritahu fasal diri sendiri. Ewah, mention nama, sekolah di Sekolah Kluster Kecemerlangan Bandar Putra *Mungkin membantu* datang dengan siapa*sebab tak tau nak cakap apa, boleh pulak idea nak cerita datang dengan siapa, rasa nak menangis ah masa tu, sebab rasa diri ni lembap*

Lepas tu dia tanya anak ke berapa,Lahir kat mana. Lepas tu dia cerita yang nanti UM pun ada asrama macam masa sekolah,cuma tak ada sediakan makan. Tak boleh masak. Lepas tu tanya, awak nak makan kat mana? Saya kata, around College ada kedai makan kan? cuba cari dekat luar lah mengkut kemampuan. *taktau motif dia tanya cari makan kat mana ni, mungkin sebab nak tau cara kita solving problems kut.*

Lepas tu dia cerita pasal Belajar kat UM ni, kena kerja untuk seumur hidup *bukan as mention dalam permohonan for five years tu* Tak boleh pindah ke HSA JB ke, HKL ke, kena kerja kat UM sahaja.

Lepas tu dia kata awak, ada check UM punya website? Saya kata ada. Lepas tu tanya, ada tak gambar lelaki dalam website tu? Saya kata, tak pasti.Saya tak perasan *Memang tak perasan langsung sebab saya nak rush tengok website tu, sebab saya dapat tahu untuk Interview 20 haribulan which is Jumaat.Kengkadang, kita kena jujur. Sebab kejujuran yang kita pamerkan tu nanti yang boleh memikat. K ni bukan tips How to flirting around ye.*

Tapi saya cover balik cakap website tu, warna kelabu kebiru-biruan. And next Interviewer kata betul *Fuhhh saya selamat masa tu, sebab rasa soalan tu paling mencabar gila, nampak sangat lembapnya*

Lepas tu, mungkin nak make sure saya betul-betul tengok ke tak, dia tanya siapa Pengarah UM, saya kata Prof Ikram Shah.Lepas tu dia tanya ya ke, sure? And I said YA*Yang ni pun he said okay, and I feel so grateful. fuh fuh*


Lepas tu, nama panjang PPUM, saya memang buat research sikit, saya kata lah, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Nasib baik tulis dalam blog, kalau tak memang tak tau lah jawab cemana, nangis lah cakap taktau tsktsk. Lepas tu, PPUM under apa? Jawapan saya, PPUM under Kementerian Pengajian Tinggi. Dia provoke kata, ye ke? And I said with confidence,*nak tengok confidence kite jugak, maybe* Ya. Mungkin dia rasa saya ni berani sangat, dia tanya macam mana awak tau? Saya kata, saya ada berbual dengan uncle and auntie about this, dan auntie saya, ada buat masters dan tinggal di around Kuala Lumpur.Jadi, details tu, memang dah ada. *Saya goreng yang ni, sebab macam mana saya tau, itu biarlah rahsiaa, hihi* Lepas tu baru dia kata, okay memang betul, sebab PPUM ni bukan under kesihatan atau Hospitality even they've their own hospital. They still under Kementerian Pengajian Tinggi.

Next interviewer, lebih pada psychology saya rasa. She ask about macam mana awak nak melatih sifat sabar dalam diri? *As I mention in my 50 words essay about Sabar,hihi* Saya kata, saya diajar dari kecil dengan sifat dan nilai murni, serta keagamaan. Jadi sebagai seorang Jururawat, melalui sifat-sifat pesakit yang selalunya dalam keadaan kurang sedar untuk menjaga perasaan orang lain, dari situ saya boleh praktikkan nilai kesabaran dalam diri. Lepas tu dia provoke lagi, kalau sekarang, memanglah awak cakap macam tu, tapi, nanti, macam mana bila awak dah belajar, kerja? Saya kata, saya ada kerja sebagai pembantu jualan *Jadi mungkin perspektif lebih luas bila mention pasal kerja, mungkinlah hihi* Jadi dari situ saya dapat tahu cara untuk menangani manusia sekeliling. Kengkadang diorang marah, kengkadang diorang berterima kasih pada kita, dari situ pembelajaran tentang sifat-sifat manusia dan cara menangani nya lah.

Lepas tu, seandainya awak ada kerja yang lebih penting, dengan pesakit, mana awak dulukan?Saya jawab, depends. Tapi, saya rasa sebagai jururawat, pesakit yang saya akan utamakan.Sebab, pesakit adelah orang yang sakit. Mereka perlukan rawatan dan perhatian.Jadi,saya pilih pesakit.

Tetiba, Interviewer yang ketiga kata, As an eldest in your house, what do you feel? *Dalam hati, pengsan wehh pengsan, sebab ingat tak ada kena speaking. Sekali, kena speaking!* Mungkin saya rasa, sebab BM saya dapat A-. BI saya dapat A, jadi dia curious cemana orang melayu, tapi BI lagi rendah dari BM? Budak ni tak, mengenang budi betul Bahasa Melayu pun tak boleh nak score. Kan? *Nangis*

PomPamPomPam cerita pasal responsibilities,how to manage times,How I learn to be more matured and manage my family, my studies semua, then when she said, okay. I feel like, want to lompat-lompat kat situ juga.Lepas tu jerit kata, okay, walaupun speaking tak berabuk pun, saya masih boleh speaking as usually I just do writing and pre-reading, ni nak speaking pulok, rasa nak menagis memanglah ada!

Tapi, bila check profile Prof Ikram Shah, Rupanya, yang Interview saya tadi, Prof Ikram Shah tu sendiri, OKAY, SAYA RASA NAK MERAUNG PUN ADA SEBAB POMPAMPOMPAM SENDIRI,DEPAN PENGARAH UM. 


That's all. Hope this can help you on next Interview. :') *Ni yang saya ingatlah, yang lelain ada lagi yang tak ingat, kalau ada, nanti saya bilang.*

{Aaelia}

.