08 August 2017

Rindu yang satu ini

Rindu yang satu ini betul-betul memenuhi segenap ruang hati sampai tiada rasa rindu yang lain dari rindu ini.

Masih terbayang langkah aku ke masjidil haram.

Masih terbayang pagi hening yang sejuk dengan langkah laju mengejar subuh walau tak tidur 2 hari. Langkah yang tidak sumbang, tetap gagah. Langkah yang Allah kirim kekuatan yang begitu jauh dari kebiasaan. Tiada lesu, lelah, tenaga yang seolah diiringi dengan begitu kasih sayang.

Masih terbayang setiap langkah sendu dari pintu keluar hotel hingga ke mataf menyebut labbaikallahummalabbaik. (Kami menyahut seruanMu Ya Allah), sampai tersedu kerana terharu dengan Allah.

Masih terbayang langkah malam terakhir tawaf, sendirian, bercerita, merayu, meminta, hingga langkah ke hajarul aswad, juga sendiri. Langkah yg aku letak seluruh hati dalam lindunganNya.

Begitu banyak cerita.

Dan rindu ini seolah tak pernah pudar. Semakin rindu adalah.

Allah, semoga kau pegang rindu ini dan tarik aku untuk kembali. Semoga setiap detik akan kekal menjadi memori paling indah ⚘

.