15 October 2016

Itu sebuah kehidupan

Entah. Should I tell or not?
Dah begitu lama aku simpan. Bertahun-tahun pergi ibarat mati dari semua. Aku berhenti berharap dan melangkah pergi. Aku simpan sendiri.

Begitu tega, membuat kami hampir mati. Tak tergapai akal bilamana aku sendiri bertarung nyawa. Begitu perih, sampai tak tergali luka yg lama tu.

Sampai kini, aku masih berlari. Lari dari dunia rialiti, membina hidup baru yg aku sendiri tak tahu ujungnya apa. Berhati-hati dengan siapa pun. Bilanglah aku penakut. Takut dengan bayang masa lalu.

Tapi cuma aku yg tahu rasanya perih, rasanya bertarung nyawa yg buat aku hampir mengalah pada hidup. Mereka mahu bahagia kami. Ambillah, aku tak mahu. Aku rela lepaskan semua.

Tapi nyata mereka tak pernah puas, dan mereka masih mencari. Sampai kadang aku sendiri terfikir, tak lelahkah mereka membenci? Sedang kami tak pernah membalas. Memang begitukah resam hidup mereka? Begitu cemburu.

Kalau saja mereka tahu rasanya hampir kehilangan nafas. Kalaulah mereka tahu begitu aku lelah untuk selalu berhati-hati. Kalau saja mereka tahu, rasa saat terfikir waktu yg diberi tuhan hampir berakhir.

Kadang aku berharap, tuhan lupakan aku dengan masa lalu. Masa lalu dimana aku bertarung nyawa, masa lalu dimana aku tak mampu mengangkat tubuh, masa bilamana hidup terlalu perih, my friends read yaasin for me so that Allah ease my burdens when it's hard for me even to take a single breath. Masa bilamana aku biarkan semuanya pergi, aku sendiri tak mahu bahagia, kalau itu begitu menyakitkan.

Teganya hati yg membenci itu.

Tak henti masa lalu aku hampir hilang diri sendiri terputar setiap kali mata ini terpejam. Terasa 6 tahun tak begitu lama untuk padam semuanya.

Bilamana aku cuba mahu keluar dari diam, aku sudah punya bahagia sendiri, kami sudah mampu ketawa tanpa menggali masa lalu, mereka mencari lagi. Tanpa lelah cuba memadam setiap senyuman kami.

Aku selalu tertanya-tanya. Sudah terpadamkah kemanusiaan di hati mereka? Sudah hitamkah hati mereka dengan cemburu? Tak jemukah mereka secara halus cuba membunuh kami? Tidak takutkah mereka pada tuhan? Tak lelahkah mereka mengambil tahu hidup kami?

Kami tak punya apa, aku tak punya apa. Cuma punya belas kasihan tuhan. Aku terus melangkah dengan ihsan tuhan. Sedang aku masih lagi tak tahu ke mana langkah ini pergi nanti. Aku redha, andai tidak punya bahagia. Bilamana, bahagia tu menyiram api benci pada manusia lain. 

Aku tetap percaya, doa yg teraniaya itu tak pernah terlepas dari pandanganNya. Malah itu cukup membuat aku merasa syukur. Sebab aku boleh minta apa saja. Dan Dia selalu mendengar. Itu definisi bahagia aku. Aku tak perlu begitu banyak perkara, bilamana aku belajar perihnya hidup andai aku punya definisi bahagia yg sama seperti manusia biasa yg lain.

Harta aku kini, cuma doa. Tapi aku merasa cukup.

Aku selalu lelah untuk hidup. Tapi, bila setiap hari aku bangun untuk terus berjuang, aku percaya, tuhan tak pernah salah memberi. Oleh itu, aku tersenyum lagi. 😇

.