Assalamualaikum
=)
Bachelor of
Biology Applied Science & Hons atau dalam bahasa melayu, Biologi dalam
bidang sains gunaan. Nama pun sains gunaan, mestilah bawah Fakulti Sains Gunaan
kan. Macam terpesong sikit dari Education degree. (Not so sure, regarding edu
sorry!) Pos ni mungkin untuk adik-adik yang nak tahu kos Sains Gunaan since
masa dapat kos ni, susah betul nak dapat info kan. Jadi mungkin ni sikit info
untuk future mahasiswa yang dapat kos ni or nak mohon kos ni in future. Yang
minat medic but due to some consequences nak lari sesikit dari medic. Ataupun,
awak minat medic, tapi nak kerja yang lebih comfortable dari doctor and taknak
busy 24H
I was
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) student in Bsc Agrotechnology
Entrepreneurship back in 2013. Stuck kat sana tak tau sebab apa, since I
applied for UNIMAS/UMS tak dapat. (mungkin doa ayah angkat den yang selalu
cakap, awak perempuan tak elok belajar jejauh, dahla tak sihat sangat, nak
pergi tempat jauh. Carilah tempat yang boleh naik bas, kalau tak sihat, boleh
la balik. Nanti ayah dah takde nak hantar awak balik. Katanya. Omaigod,
sekarang baru rasa ayah caring Hoho)
Masa tu
sengaja nak mohon jejauh konon nak lari dari semua benda ;p budak-budak sangat
nak lari dari masalah Hehe. I found Agro is awful for me. Like seriouslyyy
memang aku suka Biologi, tapi aku tak suka pokok! Hari-hari jugak la menangis
nak habiskan satu sem kat Kelantan. Bila balik Johor, mesti taknak pergi sana
balik. (Soooo childish at that time LOL. Boleh gelak guling-guling ingat
perangai sendiri.) No offence, but aku
memang takde daya tahan yang kuat untuk stay di Jeli yang boleh sampai 3 jam untuk ke Kota Bharu. But,
Kelantan really made me today. Being grateful for what I have now. Plus, Aku
student agro yang degil, orang pergi ladang, aku balik bilik tido. Peh keras
kepala petala ke lapan betul. Memang dah capai octet dah tahap degil dakni *Bak Kata bebudak aliran sains tingkatan 4*
Dan aku mula
rasa yang aku bakal jadi pekerja yang tak ikhlas bekerja satu hari nanti. Macam
mana nak bagi duit pada keluarga, nak dapat keluarga yang sakinah warrahmah kalau
kerja tak ikhlas? Sebab, pada kepala aku yang keras ni kan, *hehe ok gelak dulu
sebab memang keras kepala pun ^.^ *. Kalau nak anak-anak yang cemerlang, kena
beri anak makan dari duit dalam ikhlas bekerja. And pluss rezeki tu datang
kalau kita ikhlas dan redha. Ni aku belajar dari ayah angkat yang rajin sangat
bagi semangat masa sakit dulu. MasyaAllah, thanks a lot ayah!
Aku fikir
dan fikir, aku apply mohon untuk tukar universiti. Since I got 3 pointer lebih
and not 4.00 for matriks result, aku tak apply untuk sains kesihatan. Aku mohon
Sains gunaan dan aku minat Biologi dan saaaaaaangaaat tak boleh masuk maths dan
fizik (They made me feel like asking, why you should count the wave, when you didn’t
even see them? Whyyyy) , aku fikir ada dua pilihan, chemistry dan biology.
Since Agro is more into Biology, banyak yang dah boleh apply bila amik bio, so
aku mintak pure Biologi.
Untuk
kemasukan IPTA bila mohon pindah ni, kena betul-betul serious buat decision dan
kena nekad sebab banyak procedure kena buat. Jadi, berbekalkan nekad dan
perangai keras kepala, terus buat permohonan. Tapi, masa ni tak mohon keluar U
dulu. Sebab takut, yang dikejar berciciran, yang dikendong tak dapat. (Alamak,
kalau peribahasa salah, maafkan saya! Dah lama lari dari jadi sasterawati
Negara kikiki)
Mohon maaf
perjalanan hidup aku memang berliku-liku sikit. Tapi, benda tu yang buat makin
faham macam mana nak survive, nak hadapi dunia, nak cari kehidupan selepas
dunia, tak thrill lah kan hidup straight je, haruslah berliku dan berbucu baru
rasa seronok dan lebih menghargai hidup Hehe. Boleh feel nak amik master
Psychology ni ekekeeke ok lepas tu konfius balik nak jadi apa sebenarnya
ni? *face palm*
Biology
sains gunaan sikit terpesong dengan education. Kami tak diajar untuk jadi
pendidik macam kat UPSI, tapi kami boleh mendidik dan menyelidik. Acane tu? Meh
den terangkan
*Hulur
tangan*
Bawah
fakulti Sains Gunaan, pelajar di ajar untuk lebih kepada research study. Kalau
orang kata kos ni macam orang tak pandang pun, macam medic or farmasi, ok
adik-adik sila dengar, kalau tanya orang under Sains kesihatan/gunaan, biology
ni kira hebat jugak ok. Sebab, kita belajar semua in nearly detail (Since awak
degree kan, bukan diploma or matrik yang sedikit terbatas. No offence Dip stdnt
Huhu). So, orang kesihatan, farmasi, research, Economy, account, Veterina,
molecular, Genetics, Chemist, Fizik ke, tak boleh bohong awak, sebab kita tahu
apa yang diorang study, tapi diorang taktau apa kita study. Hhehe
Yes, pening
lalat la jugak bila buat assignments, tapi best kalau awak enjoy nak belajar
Biology dan minat nak tahu pasal environment. Yang paling best bila dalam lab,
buat experiment, dapat tengok benda-benda cantik-cantik yang memang tak
terjangkau dek akal cantiknya. Kengkadang, ada la jugak aku melonjak
kegembiraan bila dapat buat stain cecantik. Terasa hidupku begitu bermakna,
ecewaaah!
Kos Biology, mainly awak boleh grad dalam 3 tahun. InsyaAllah
yang penting usaha, doa,tawakkal, doa ibubapa, doa masyarakat =)
Haaa kalau nak jadi pendidik, boleh apply amik under U, jadi
lecturer.(Maaf aku tak berapa pasti nak amik edu lane ni) tapi, setahu Dr yang
cerita kat kiteorang, contoh Uitm, boleh apply master under U, pastu boleh jadi
lecturer. Pointer 3.00 ke atas. Master biasanya, buat research. Cari supervisor
yang best, Pastu boleh dapat 4 flat. Tu yang asas yang aku tahu la. Kalau UTM,
master diorang kena amik kelas lagi, tapi kalau kiteorang tengok akak/abang
yang buat master diorang buat research je.
Kalau nak jadi doctor
pun boleh ye, as I was informed futher lagi 2 tahun, under medic lane
insyaAllah. Sebab, apa yang kite belajar memang berkait dengan meds pun.
Contoh, Subj Biochemistry, microbiology dll. Tapi, Biology more to molecule dan
benda kecik-kecik yang senang kata tak boleh Nampak dengan naked eyes. Yang
kena guna microscope. Kekakak Bio panggil, microbes. Kalau medic, mestilah
lebih pada manusia kan.
After 1 year working so hard to learn, I know why this course
can go on into Medicine J
Kengkadang sembang dengan kengkawan yang amik
meds/nutrition/lab assist boleh la rasa
kamceng sikit sebab boleh sembang pasal minat yang sama ekeke sorry student
archi/engine!
Dulu, memang tujuan nak ambil medic pun. Tapi, semakin dalam
belajar Bio, semakin minat kea rah microbe research la pulak hehe. InsyaAllah
nak kena habiskan dulu degree baru fikir. Dah taknak state nak ke mana dulu,
takut tak dapat frust menonggeng den.
Kenapa microbe? Sebab, benda-benda tak Nampak ni, cantik
gile-gile. Buat hati rasa gembira sentiasa. Hehe kengkadang, ada yang rupa
bunga, padahal yang tengah kaji tu bawah eukaryote. Lepas tengok tu rasa macam
boyfriend bagi bunga. Haha melampau benor gimik nak tarik junior amik Bio kan.
Di samping Bio lane, minor aku belajar business. Memula ingat
boleh la lari dari entrepreneurship tu. Tapi, apakan daya aku menolak, memang
kena jugak belajar benda management, account semua. Tapi, kena bersyukur jugak,
sebab pasni janganlah cuba orang business nak tipu den. Den kotuk kepala ekau
tu nanti pakai batang buloh. Ha takut ka dakkk?
Nak kata susah? Mana ada benda yang senang kan. Basically
moderate. Biologi bukan benda yang kau hafal semata, boleh score. Biologi kena
faham. Once faham, boleh la ingat terus. Kalau nak hafal, kejap lagi berjumpa
la kite ke tanjung rambutan sebab memang banyak gila. Macam students medic,
Biologist pun belajar system. Yang dak-dak matrik/asasi, system-system semua
yang korang study kat sana tu, kat sini lagi detail. Tapi seronok sebab selain
belajar ada practical. Cuma penat sikit kalau ada lab, mana siang mana malam
pun kengkadang den tak perasan. Malap je rasanya. Ekekeeke
ni Belum observe under microscope. our Lab last sem!
Tips kedua penting, buat assignments sendiri (Paling penting doa) . Assignments
tak banyak. Biasanya lab report yang panjang berjela. Tapi depends pada
lecturer jugak. Ada yang in group, ada jugak yang individu. Bendanya sama je. Tapi,
lebih puas & mudah faham kalau buat lab report sendiri ;)
Since banyak benda kena ingat, sometimes, every long words
will turn into short. Lepas masuk biology lane, aku terus jadi orang yang kalau
boleh nak sesimple mungkin, nak direct to the point, bunga-bunga tolak tepi
hehe
Kos Biology biasanya ada di USM,UKM,UiTM. Yang lelain maafkan
saya, tak jelas soal itu.
Sejak sekolah menengah, orang selalu cakap Biology ni susah. Susah
like nak putus kepala. It’s kinda not like that actually. Memang lah susah
sikit nak dapat dean, tapi seriously seronok bila masuk Biology lane. Lebih
faham tentang hidup, lebih hargai masa, lebih faham kenape tuhan cipta ini,
kenapa tuhan cipta itu. And, ALLAH’s creations yang tak Nampak tu, seriously
cantik.
Penat?
|
CLANS |
My classes begin at 8:00 am and finished at 5:00pm or paling
lambat 6:00pm. Ada gap, untuk solat. And it was packed since we need to finish
everything in 3 years. Penat, sampai tak terasa. Biasa dalam lab, 3 hours
paling lama. Kalau masa matrik, 3 hours tu setengah mati, masuk degree, 3 hours
macam 3 mins. Tak terasa. (Ok tipu sangat tu)
Janganlah takut sayangku, just enjoy your life. It will be
more colourful.
Since Im such a workaholic person (ececeh puji diri sendiri
kee) I just love it so much. Bila penat, tidur. Bila bangun pagi, kerja. Bila
letih terus tidur. Tak sempat nak fikir benda gundah gulana.
Hmm nak cerita apa lagi ek? Nanti, kalau ada apa-apa add on,
kite tambah eh. Take care and see you soon in next entries InsyaAllah.
Thank you for your time reading my post!